Gara2 berbalas ’emoji’ dengan jejaka ini, Mira Filzah disakat warganet

Nampaknya Mira Filzah dilihat semakin terbuka tentang jejaka ini yang did@kwa seseorang yang berjaya menambat hatinya sehingga dikatakan bakal disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini.

Ini kerana, jejaka yang dikenali dengan panggilan Wan Emir Astar berbalas emoji dengan pelakon popular itu menerusi laman Instagram sehingga mengundang pelbagai reaksi peminat kepada mereka.

Pelakon drama Sweet Dreams ini melalui Instagram peribadinya memuat naik satu rakaman video pendek yang memaparkan dirinya tersenyum bahagia dan tidak menulis kapsyen malah hanya meletakkan emoji.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

💛🌌

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Walau bagaimanapun, video berkenaan menjadi perhatian orang ramai yang mengikuti laman sosial miliknya itu dan komen pengguna Instagram dengan menggunakan nama Wan Emir Astar pula membuatkan ramai turut membalasnya dengan pelbagai maklum balas peminat dan followers Mira Filzah.

Ada juga netizen yang mendoakan kebahagian mereka berdua dan berseloroh mengenai komen emoji antara mereka dan merasakan gelagat mereka itu sangat sweet.

Dalam pada masa yang sama, seperti biasa juga posting pelakon popular ini meraih ribuan tanda suka daripada warganet yang turut memuji kecantikannya dan mengambil kesempatan dengan mengucapkan selamat hari raya.

Sebelum ini, kisah cinta Mira Filzah menjadi bualan dan membuatkan pelbagai teka-teki ramai apabila dia dikatakan sudah berpunya.

Pun begitu, dia masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai hal itu meskipun sudah beberapa kali menjadi perbualan hangat warganet.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: IG / HCL

Be the first to comment on "Gara2 berbalas ’emoji’ dengan jejaka ini, Mira Filzah disakat warganet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*