Tuan Rumah Beri Alasan Tetamu Datang Sendiri Tanpa Diajak. Sekali Kant0i Bila P0lis Tanya Tetamu Pula

Tetamu datang tanpa undangan. Itu alasan diberikan pemilik rumah di Taman Selayang Mutiara, Gombak, Kuala Lumpur yang didapati mengumpul 18 individu dalam kediaman berkenaan, hari ini.

Pemeriksaan p0lis di rumah itu pada 5 petang hari ini mendapati 18 penghuni rumah serta tetamu berada di kediaman itu sempena Aidilfitri meskipun aktiviti ziarah tidak dibenarkan selepas Hari Raya pertama.

Pemilik rumah berusia 50-an itu mend@kwa tetamu datang ke rumahnya tidak dijemput, sebaliknya kehadiran mereka tanpa diketahuinya.

Bagaimanapun, seorang daripada beberapa tetamu di dalam rumah berkenaan pula memaklumkan mereka dijemput pemilik rumah untuk datang beraya hari ini.

” Saya datang ke rumah saudara ini sebab tidak sempat untuk ke sini semalam kerana bekerja,” katanya.

Seorang lagi tetamu lelaki berusia 19 tahun berkata, dia dijemput rakannya yang juga anak kepada pemilik rumah berkenaan untuk datang beraya.

” Saya tinggal di kawasan perumahan ini dan datang selepas dijemput rakan untuk beraya.

” Saya tahu beraya hari kedua adalah satu kesalahan, tetapi saya datang juga dan tidak menyangka p0lis akan datang untuk periksa rumah ini,” katanya yang baru sahaja tiba di rumah berkenaan ketika pemeriksaan dilakukan.

Dalam pemeriksaan itu, pemilik rumah berkenaan dit4han dan dibawa ke Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Gombak untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan kebenaran untuk menjalankan aktiviti kunjung-mengunjung pada hari raya pertama sahaja membabitkan Aidilfitri, Pesta Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tengah seronok menziarah, sekali p0lis datang

Sementara itu di Kampung Bunohan, Tumpat, ziarah di sebuah kediaman petang semalam menerima kejutan apabila dikunjungi angg0ta p0lis yang membuat pemeriksaan.

Bagaimanapun, individu yang berada di rumah itu dipercayai terdiri daripada sanak saudara terdekat dan tidak melebihi 20 orang sekali gus tiada tind4kan dikenakan.

Ketua P0lis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, biarpun mereka mematuhi pr0sedur 0perasi standard (SOP), namun mereka dinasihatkan tidak berkumpul dalam tempoh lama.

” Sebaik angg0ta p0lis tiba di rumah itu, ada beberapa individu segera bersurai dan angg0ta p0lis menasihatkan individu lain supaya patuh SOP dengan mengamalkan penjarakan sosial,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ab Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas satu vide0 yang tular, hari ini mengenai kehadiran pihak berku4sa di sebuah rumah untuk membuat pemeriks4an berikutan terdapat ramai pengunjung.

Menurutnya, walaupun tiada tind4kan diken4kan, namun pihak p0lis serius membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah kerana dibimbangi ada yang memandang ringan terhadap SOP yang dikeluarkan.

” Kami serius dalam memantau situasi sebegini (berkumpul) dan sentiasa membuat pemeriksaan mengeejut sekiranya kelihatan kenderaan atau pengunjung yang ramai di sesebuah kediaman.

” Bagaimanapun, setakat hari ini tiada yang berkumpul melebihi 20 orang dan semuanya patuh akan SOP,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Kredit: http://limauais.pw/

Be the first to comment on "Tuan Rumah Beri Alasan Tetamu Datang Sendiri Tanpa Diajak. Sekali Kant0i Bila P0lis Tanya Tetamu Pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*