Dulu laung azan di w4d C0vid-19, kini pelajar tahfiz ketuai takbir raya di rumah – Viral

SIAPA sangka remaja berusia 13 tahun ini pernah melalui ujian dan dugaan yang begitu hebat apabila dis4hkan p0sitif C0vid-19.

Namun, hatinya cekal sejak hari pertama sewaktu menunggu ketibaan ambulans untuk dibawa ke h0spital, kelihatan cukup tenang sambil memegang senaskhah al-Quran.

Laungan azan pelajar tahfiz ini kedengaran di w4d pes@kit C0vid-19 bagi menunaikan solat berjemaah sepanjang 12 hari dir4wat di h0spital Sungai Buloh di Selangor.

Menarik nafas lega, bapa kepada Muhammad Ilyas Fitri Azmi mengucapkan kesyukuran apabila anaknya itu sembuh daripada C0vid-19 dan selesai menjalani kuar4ntin selama 14 hari selepas discaj dari h0spital.

Mohd Azmi (kanan) sewaktu menjemput Muhammad Ilyas selepas discaj dari h0spital Sungai Buloh.

Mohd Azmi Yusoff, 46, memberitahu, Hari Raya Aidilfitri kali ini meskipun disambut secara sederhana kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun apa yang lebih penting adalah keluarganya dapat berkumpul bersama di bawah satu bumbung.

“Alhamdulillah, Ilyas dapat berkumpul bersama kami pada bulan Ramadan. Hanya kira-kira seminggu Ilyas perlu berbuka puasa dan sahur seorang diri kerana masih tempoh kuar4ntin.

“Sepanjang Ramadan juga, saya dan isteri bersama sebahagian anak-anak bergilir-gilir menyediakan juadah berbuka puasa dan sahur secara berpasangan dan Ilyas juga terlibat sama,” katanya dengan nada teruja kepada mStar.

Mohd Azmi memberitahu, mereka sekeluarganya sepatutnya menyambut Aidilfitri di kampungnya di Temerloh, Pahang pada tahun ini.

Sebagai bapa, Mohd Azmi (kiri) memberi semangat dan sokongan kepada Muhammad Ilyas.

Bapa kepada 10 anak itu bagaimanapun berkata, hasrat itu terpaksa ditangguhkan berikutan PKPB tidak membenarkan pergerakan rentas negeri apatah lagi untuk berhari raya di kampung.

“Keluarga Ilyas pada tahun ini akan beraya bersama mentua saya yang juga tinggal di kawasan yang sama di Shah Alam. Kami akur dan faham dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

 

Sepanjang Abie (panggilan bapa) hidup selama 46 tahun… inilah kali pertama sambutan Aidilfitri agak berbeza dengan norma baharu. Namun, syukur kerana kami dapat beraya satu keluarga dan dapat melihat Ilyas paling gembira berhari raya MOHD AZMI

“Ilyas yang paling teruja sambut Aidilfitri, malah dia ada tugasan sendiri membuat persiapan raya dengan mengemas di bahagian hadapan rumah. Pasang pelita di luar rumah tu pun Ilyas buat.

“Ilyas juga membantu membuat persiapan untuk memasak dan dia rajin mengupas kelapa, untuk isinya dijadikan santan untuk memasak rendang,” ujarnya mengenai anak keenam daripada 10 beradik itu.

Muhammad Ilyas (berdiri, tengah) menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Shah Alam.

Mohd Azmi yang merupakan Imam 1 Surau Nurul Iman di Seksyen 29, Shah Alam akan menjalankan tanggungjawab sebagai imam bagi solat sunat Aidilfitri dalam persekitaran norma baharu yang mana hanya melibatkan imam, bilai dan siak yang dijadualkan bertugas.

“Bagaimanapun, Ilyas dan abangnya mengetuai takbir raya di rumah bermula hari terakhir Ramadan. Mereka dan ahli keluarga lain akan melaksanakan solat sunat Aidilfitri di rumah.

“Mengikut saranan kerajaan, hanya kami sekeluarga dan mentua saja akan beraya bersama. Buat masyarakat di luar sana, ikutilah saranan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terutama dari segi amalan ziarah untuk keluarga terdekat pada hari raya pertama dan mengamalkan penjarakkan sosial.

“Saya beritahu anak-anak saya termasuk Ilyas, sepanjang Abie (panggilan bapa) hidup selama 46 tahun… inilah kali pertama sambutan Aidilfitri agak berbeza dengan norma baharu. Namun, syukur kerana kami dapat beraya satu keluarga dan dapat melihat Ilyas paling gembira berhari raya,” katanya.

Pada 7 April lalu, Muhammad Ilyas dimasukkan ke h0spital Sungai Buloh, selepas p0sitif C0vid-19 susulan madrasahnya di Hulu Langat mencatatkan k3s j4ngkitan virvs itu berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Dulu laung azan di w4d C0vid-19, kini pelajar tahfiz ketuai takbir raya di rumah – Viral"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*