Pilu… Nor Hidayah sambut Aidilfitri tanpa Abam Bocey di sisi – “Rasa janggal kerana selama ini arwh yang sediakan persiapan”

AIDILFITRI kali ini pasti dilalui dalam keadaan pilu oleh Nor Hidayah tanpa suami Allahy4rham Abam Bocey di sisi.

Menurut Nor Hidayah, paling membuatkan dia terasa apabila semua persiapan raya biasanya diuruskan oleh arwh.

“Perasaan tanpa suami di sisi agak janggal dan lain, sebab biasanya semua dia yang aturkan.

“Tambahan pula, untuk menyambut Aidilfitri yang tak lama lagi berkunjung tiba, saya rasa sangat terkesan dengan pemergiannya kerana persiapan yang biasa dilakukan adalah dia,” katanya.

Nor Hidayah akui rasa janggal meraikan Aidilfitri tanpa suaminya disisi.

Di samping mengenang kembali persiapan raya yang dilakukan bersama Allahy4rham, Nor Hidayah menjelaskan dia hanya menyediakan keperluan untuk anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

“Kenangan membuat persiapan beraya dengan arwh, pergi beli langsir raya, beli hiasan rumah, beli baju raya dan semuanya bersama-sama.

“Jadinya, pada tahun ini, saya hanya buat persiapan keperluan Hamzah untuk beraya sahaja. Ini Syawal yang pertama untuk Hamzah kerana pada Aidilfitri tahun lalu Hamzah masih dalam kandungan,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Hidayah meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan dan kesihatan buat mereka sekeluarga.

“Salam sayang dari saya untuk semua yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan pada saya, Hamzah dan keluarga,” ujarnya.

Allahy4rham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meningg4l dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami dem4m.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Pilu… Nor Hidayah sambut Aidilfitri tanpa Abam Bocey di sisi – “Rasa janggal kerana selama ini arwh yang sediakan persiapan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*