Dikec4m ketika p0sitif C0vid-19, Puteri Aishah tr4uma, ini permintaannya jika disuruh berlakon lagi

 

KUALA LUMPUR: Pelakon yang pernah dijangk1ti C0vid-19, Puteri Aishah tr4uma untuk meneruskan penggambaran berikutan wab4k itu belum pulih sepenuhnya.

Puteri mengaku pengalaman dilalui membuatkan dia bimbang dan skeptikal terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) syarikat produksi.

“Sebagai seorang yang pernah disahkan p0sitif C0vid-19, keputusan kerajaan membenarkan kerja penggambaran disambung sangat merisaukan dan mendatangkan tr4uma buat Puteri.

“Sejujurnya, Puteri masih belum rasa selamat untuk pergi ke mana-mana kerana pandemik ini masih berleluasa. Kita masih belum menang sebenarnya.

“Walaupun kebenaran sudah diberi, bolehkah semua orang ikut peraturan ditetapkan?

“Sedangkan, kawasan larangan merkok pun masih ada yang langg4r peraturan. Inikan pula rutin normal baharu yang semua orang masih lagi kabur mengenainya,” katanya kepada BH Online.

Rabu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju membenarkan aktiviti penggambaran dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagaimanapun, syarikat produksi perlu mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Malaysia (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

Berikutan pengumuman itu, pelbagai reaksi diterima daripada penggiat seni termasuk artis yang takut serta ragu-ragu apakah keselamatan diri dan kru produksi terjamin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I miss them already. Thank you jadi kawan Puteri masa dlm ward kak Pakia, kak Grace & kak Shima 💖 Especially kak Pakia sbb selalu ada time Puteri down and sedih. Dia selalu pesan jangan lupa dia. I wont forget you! Puteri akan ingat kita selalu share makanan, family stories, suka duka & puteri ajar kak Pakia makeup 😂 i will never forget that! Thank you to nurses and doctors jugak sbb baik dgn Puteri and kawan2 dlm ward. Dr Hannah selalu happy je bila dgr suara dia rasa mcm sihat terus. Nurse kak Zue pun sama, selalu comfort Puteri time Puteri sakit. Dr Omar selalu bagi info and siap tanya kan kat nurse i boleh pakai hairdryer ke tak 😂 Thank you guys 🙏 I’ll treasure this experience forever.. 🥺💖 #wad6D

A post shared by Ms. Puteri Aishah (@puteriaishahofficial) on

Puteri berkata, selain bimbangkan kru dan artis, dia risau dengan keupayaan diri kerana masih belum dapat menyesuaikan keadaan.

Bagaimanapun, Puteri atau nama penuhnya, Puteri Aishah Sulaiman, 25, sedia menimbangkan tawaran jika syarikat produksi memberi jaminan mereka akan mematuhi langkah keselamatan.

“Kalau difikirkan, memang runsing hendak meneruskan penggambaran. Lagipun lokasi penggambaran drama yang tertangguh itu jauh di luar negara.

“Dengan keadaan sekarang dan pengalaman yang dilalui, Puteri tr4uma untuk menjalani penggambaran di luar negara.

“Seboleh mungkin Puteri tidak mahu susahkan sesiapa, tetapi Puteri kena fikir keadaan diri dan kesihatan Puteri.

“Tetapi kalau betul pihak produksi boleh mengikut arahan dan berani memberi jaminan melaksanakan SOP seperti yang ditetapkan, mungkin rasa risau itu kurang sedikit,” katanya.

Puteri yang pernah membintangi filem Pulang, menjadi antara enam tenaga kerja pasukan produksi drama Demi termasuk pengarah, Rahial Ali, yang disahkan p0sitif C0vid-19.

Mereka menjalani penggambaran di Iverness, Scotland dan pulang ke Malaysia pada 31 Mac lalu.

Pada 18 April lalu, Puteri mengesahkan dirinya pulih daripada C0vid-19 selepas hampir dua minggu diraw4t dan dikuar4ntin di h0spital Sungai Buloh (HSB).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : BH / Oh MyMedia

Be the first to comment on "Dikec4m ketika p0sitif C0vid-19, Puteri Aishah tr4uma, ini permintaannya jika disuruh berlakon lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*