Gara2 tayang kereta harga 1.8 juta, Fizo Omar buat ramai netizen ger4m

 

Pelakon terkenal, Fizo Omar menerusi Instagram ada berkongsikan sekeping foto bersama sebuah kereta mewah yang dikatakan berharga RM 1.8 juta. Foto berkenaan lalu mencuri tumpuan peminat dan pengikut dilaman Instagram miliknya yang kini sudah mencecah 2 juta followers.

Fizo Omar walau bagaimanapun sering menjadi perhatian warganet apatah lagi, dirinya kini juga dilihat kembali aktif dalam bidang lakonan. Malah, lakonan pelakon lelaki berusia 34 ini tidak kurang hebatnya apabila kemunculannya dalam drama Adellea Sofea sebagai watak antag0nis.

Tidak disangka-sangka ketika itu, penangan lakonannya sebagai watak Ikram, dia di ‘unfollow’ oleh orang ramai. Pun begitu, itu terbukti bahawa lakonan Fizo Omar memberikan kesan kepada mereka.

Pun begitu, menerusi perkongsian foto terbarunya apabila Fizo Omar bergambar dengan sebuah kereta mewah ini turut membuatkan peminat dan pengikut terhibur setelah membaca kapsyennya sampai habis.

Ini kerana, gara-gara foto itu dia disangka membeli kereta berkenaan. Walau bagaimanapun, selepas membaca kapsyen yang ditulisnya menerusi perkongsian foto ini, ternyata warganet tidak menyangka dia juga seorang yang lucu.

“Finally dapat jugak sebelum raya, sebelum ni dok usha dari jauh jer, bila lah ada rezeki nak amik satu kan. Terima kasih kepada yang support dan mendoakan yea.

“Alhamdulillah hasil penat lelah kerja siang malam, dapat juga merasa beli fon baru buat amik gambar ni…”

Kapsyen Fizo Omar buat netizen terhibur

Reaksi ramai diruangan komen

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : HCL / Oh MyMedia

Be the first to comment on "Gara2 tayang kereta harga 1.8 juta, Fizo Omar buat ramai netizen ger4m"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*