“Ada Yang Suruh Buka Mask Tapi Saya Segan” – Ramai Terpikat Selepas Tengok Fatin Buat Sanltasi, Sanggup Redah Sek4tan P0lis

SEJAK dua minggu ini, kadar p0sitif C0vid-19 kekal dua angka susulan langkah proaktif dilaksanakan kerajaan untuk memutuskan rantaian penularn wabaak itu.

Premis perniagaan termasuk stesen minyak turut melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan keselamatan pelanggannya.

Namun tanpa diduga gadis bernama Fatin tiba-tiba menjadi bualan hangat netizen selepas beberapa gambarnya melakukan sanitasi di sebuah stesen minyak di Tandop, Alor Setar, Kedah tvlar di media sosial.

Menerusi gambar yang tular itu, Fatin yang juga seorang kakitangan di stesen minyak tersebut dilihat membersihkan nozzle minyak, pam angin kenderaan, tombol pintu surau, pili air dan sinki di tandas.

Fatin juga memberikan cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer kepada pelanggan di stesen minyak tersebut.

Meskipun memakai penutup hidung dan mulut, keayuan Fatin masih disedari netizen.

Ada yang ingin berkenalan dengan gadis itu dan tidak kurang juga yang memberi pickupline kepadanya di ruang komen Facebook Komuniti Petronas Tandop.

“Jap lagi gerak isi minyak kat sana dari Shah Alam. Roadbl0ck ku redahi, niat baik, doa baik-baik, bulan baik InsyaAllah dipermudahkan,” kata Mat Mi.

Ada juga orang kawasan sini tegur saya. Ada suruh buka mask sebab nak tengok muka tapi saya segan.

NUR FATIN ZAINOL

Juruwang

“Kirim salam Fatin ya min kalau Fatin single boleh tak saya nak berkenalan. Hihihi,” tulis Mohd Suffian.

“Tiga kali scroll FB keluar gambar ni. Ada petanda ke?,” tulis Shahrul.

Fatin atau nama sebenarnya Nur Fatin Zainol, 21, ketika dihubungi mStar mengakui terkejut dengan perkara tersebut.

“Saya tak sangka jadi macam ni sebab saya hanya jalankan tugas yang diamanahkan. Memang itulah rutin kami setiap hari.

Semua petugas di stesen minyak tersebut akan melakukan sanitasi setiap hari seperti yang disarankan KKM.

“Saya tak baca pun komen cuma staf lain yang beritahu sebab saya tak ada Facebook dan Instagram. Terkejut jugalah,” katanya.

Menurut Fatin dia baru saja bekerja di stesen minyak tersebut kira-kira empat bulan lalu.

“Saya baru je kerja dekat sini. Memang jadi kebiasaan kami sering berkongsi apa yang staf buat di media sosial.

“Bukan gambar saya saja, gambar beberapa staf lain pun turut dimuatnaik di Facebook. Itu cara kami berinteraksi dengan pelanggan,” katanya.

Mengakui dirinya masih belum berpunya, anak bongsu lima beradik itu tidak sedikit pun ambil hati dengan komen netizen.

“Bagi saya semua tu hanya gurauan. Bila staf beritahu pasal komen tu saya pun gelak je.

Fatin baru saja berkhidmat di stesen minyak tersebut sejak empat bulan lalu.

“Ada juga orang kawasan sini tegur saya. Ada suruh buka mask sebab nak tengok muka tapi saya segan,” katanya.

Walaupun tugasnya berisiko terded@h dengan jangkktan C0vid-19, Fatin yang juga juruwang di stesen minyak tersebut berkata mereka sering menitikberatkan soal kebersihan dan pematuhan SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Takut tu memang takut tapi tugas perlu dilakukan. Apa yang penting kami amat mementingkan soal kebersihan.

“Sebab itulah kami akan membersihkan nozzle minyak setiap kali selepas digunakan pelanggan,” kata anak jati Kedah itu.

Sumber : klm via mmajalahutusan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "“Ada Yang Suruh Buka Mask Tapi Saya Segan” – Ramai Terpikat Selepas Tengok Fatin Buat Sanltasi, Sanggup Redah Sek4tan P0lis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*