Vir4l Posmen Sedih Termenung Tak Dapat B0nus Raya, Pos Malaysia Akhirnya Tampil Bersuara!

Beberapa hari lalu viral mengenai kisah seorang pekerja Pos Malaysia yang dikatakan menangis termenung apabila mendapat tahu tiada bonus diperoleh tahun ini.

Melihat pada situasi lambakan bungkusan atau parcel sepanjang dua bulan ini, perkara tersebut telah mencetvskan rasa simpati orang ramai.

Malah, ada yang ber4ng dengan tindakan Pos Malaysia dan mahukan penjelasan segera.

Gempak sempat menghubungi pihak Pos Malaysia semalam dan penjelasan mereka berhubung isu berkenaan.

Menurut jurucakapnya, pandemik Covid-19 telah menjadi isu global yang telah menjejaskan rantaian bekalan seluruh dunia hingga menyebabkan beberapa peniagaan terjejas tervk dan Malaysia tidak terkecuali.

Menurutnya, jumlah bungkusan yang banyak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga menyebabkan banyak perkhidmatan penghantaran barangan terkesan.

“Namun begitu, Pos Malaysia masih meneruskan usaha untuk melindungi pekerja iaitu hampir 15,000 ‘frontliner’.

“Di saat banyak sektor mengambil keputusan drastik untuk memotong gaji, membuang pekerja Pos Malaysia masih bertahan untuk memastikan masa depan pekerja dilindungi,” katanya.

Tambahnya, Pos Malaysia ketika ini sedang menjalani proses transformasi untuk mengubah perniagaan.

“Apabila rancangan transformasi ini berjalan lancar dan keadaan bertambah baik, kita akan memastikan penghargaan yang lebih baik untuk pekerja.

“Kami juga berterima kasih atas usaha pekerja kami yang bekerja tanpa lelah untuk memastikan penghantaran dan perkhidmatan dilakukan dengan sedikit gangguan terutama menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Vir4l Posmen Sedih Termenung Tak Dapat B0nus Raya, Pos Malaysia Akhirnya Tampil Bersuara!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*