“Tak pernah minum pun sebab mahal” – Lepas Belanja Runner Air Bubble Tea, Gadis Ini Dapat Tempahan Makanan Yang Tak Disangka

Amalan bersedekah ini sudah menjadi perkara yang patut dicontohi oleh semua orang. Tak kisah sekecil mana pun kita bersedekah pasti ada ganjaran lebih baik yang mendatang. Tak rugi pun jika seseorang bersedekah.

Macam yang berlaku dengan gadis ini yang membuat warganet menjadi terharu dengan tindakannya belanja air bubble tea kepada seorang runner penghantar makanan.

Kisahnya itu dikongsikan di akaun Twitter, @faridaamani_ yang mana pada awalnya gadis ini order makanan daripada runner di sekitar kawasan rumahnya. Pasa masa yang sama, dia request kat runner tu untuk beli air bubble tea memandangkan untuk pergi ke kedai air minuman tu just sekali jalan.

Niat di hati nak belanja sekali runner tu air bubble tea tapi ini yang dijawab oleh runner tu.

“Akak em sorry tapi saya tak pandai order sendiri. Tak pernah minum pun sebab mahal kan. Selalu belikan ja dkt customer ikut yg ditulis” 

Sumber: Gambar Hiasan

Gadis ini terkejut dengan reaksi runner tu dan akhirnya runner tu pun just ikut apa yang gadis ni order.

“Saya order sama mcm akak la ya. Boleh ke kak? Thankyou akak belanja saya”

Gadis ini tak sangka yang selama ni runner tu tak pernah beli sendiri pun air bubble tea.

“Selama ni dia beli dekat org lain mesti dia teringin tapi tak dapat beli. Haihh moga Allah mudahkan urusan awak mencari rezeki dik”

Sumber: Gambar Hiasan

Ekoran daripada itu, mungkin selepas bersedekah dengan orang lain gadis ini mendapat tempahan berbuka puasa daripada seorang individu melalui Whatsapp memandangkan dia pun ada buka restoran.

“Out of sudden tempahan masuk dari customers. Alhamdullilah. Macam tak percaya kan? Niat lain tapi Allah bagi lebih dari yang kita bagi” 

Sumber: Twitter

Itulah mungkin yang dinamakan the power of sedekah. 

Mungkin kisah gadis ini dapat dijadikan inspirasi untuk orang di luar sana untuuk lebih banyak bersedekah dan lebih banyak membantu orang lain.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Tak pernah minum pun sebab mahal” – Lepas Belanja Runner Air Bubble Tea, Gadis Ini Dapat Tempahan Makanan Yang Tak Disangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*