Seronok Pulang Beraya, Sedang Asyik Makan Ketupat Lemang, Sekali Datang P0lis Pasukan Khas

 

Bagi yang sudah terlepas balik kampung, jangan terkejut kalau masa tengah makan ketupat dan lemang, sekali pasukan khas PDRM datang ke rumah.

Ini kerana P0lis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menubuhkan pasukan khas bagi mengesan individu yang melakukan pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran untuk menyambut Aidilfitri.

Menurut Ketua P0lis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, pasukan khas yang turut dianggotai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu ditugaskan untuk melakukan pemantauan di kawasan perumahan dan kampung di seluruh negara.

Yang dapat permit p0lis tak payah risau, yang lolos tanpa kebenaran silalah risau

” Arahan sudah dikeluarkan kepada semua Ketua Polis Negeri untuk mengambil tindakan (pemantauan di seluruh negara).

” PDRM ada rekod siapa yang mendapat kebenaran rentas negeri dan siapa tidak,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, orang ramai yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri perlu mempunyai alasan munasabah serta mendapat kebenaran pihak p0lis terlebih dahulu.

” (Pergerakan rentas negeri) boleh dilakukan tetapi perlu ada alasan yang wajar serta mendapat permit p0lis,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata sebanyak 1,175 kenderaan dikesan cuba merentas negeri pada Sabtu, diarah berpatah balik.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk melupakan hasrat merentas negeri untuk balik kampung kerana ia sudah tentu menyusahkan diri sendiri apabila diarahkan untuk berpatah balik.

Sebelum ini, Ismail Sabri berkata tindakan kompaun kini boleh dikenakan oleh PDRM ke atas individu yang ditahan kerana merentas sempadan negeri tanpa kebenaran.

Ismail Sabri juga berulang-kali menegaskan supaya masyarakat tidak melakukan sebarang pergerakan rentas negeri semasa musim perayaan ini.

Yang sudah terlepas merentas negeri, tak semestinya terlepas masa pulang nanti

Beliau turut memberi peringatan bahawa mereka yang sebelum ini sudah ‘terlepas’ pulang ke kampung halaman tidak semestinya akan ‘terlepas’ apabila hendak kembali semula ke rumah.

Terdahulu, Tan Sri Abdul Hamid Bador, mengingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa memandang berat larangan pergerakan antara negeri, khususnya perjalanan tanpa kebenaran p0lis semata-mata untuk menyambut Aidilfitri.

Abdul Hamid berkata, anggota P0lis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengesan individu yang disyaki melakukan kesalahan pergerakan rentas negeri tanpa permit.

P0lis akan masuk kampung dan kawasan perumahan

” P0lis akan menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan dan kampung untuk mengesan mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan bergerak melampaui perbatasan negeri untuk balik berhari raya.

” Bagi tujuan ini pasukan pemantau PDRM dan ATM akan meninjau rumah di taman perumahan dan kampung di seluruh negara,” katanya semalam.

Beliau berkata, p0lis akan memeriksa bagi mengesan kenderaan yang tidak mempunyai permit pergerakan.

” P0lis memiliki rekod butiran individu serta kenderaan mereka yang diberikan permit atau kebenaran untuk melakukan pergerakan antara negeri,” katanya.

P/s: Gambar atas adalah sekadar hiasan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MK / http://limauais.pw/

Be the first to comment on "Seronok Pulang Beraya, Sedang Asyik Makan Ketupat Lemang, Sekali Datang P0lis Pasukan Khas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*