“Last Tu Buat Aku Gelak Sorang2” – Vide0 Terbaru Cik B Hiburkan Ramai

 

Menjadi anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen adalah antara remaja yang sering mencuri perhatian ramai dengan gelagatnya yang mampu membuatkan orang tertawa. Perangainya yang sempoi dan merendah diri juga menjadikan anak kepada Dato Seri Vida ini disenangi ramai.

Cik B bersama ibunya

Malah dengan pelbagai video menarik yang dihasilkannya dan kemudian dikongsikan menerusi laman Instagram serta Twitter milik remaja ini, Cik B secara tidak langsung membuatkan ramai terhibur.

Terbaru, malam tadi Cik B berkongsikan satu video yang memaparkan dirinya bertanyakan kepada orang di dalam rumahnya mengenai esok, “esok hari apa?”. Pada awalnya tertanya juga mengapa Cik B bertanya soalan itu kerana jika diikutkan esok (iaitu hari ini) adalah hari Selasa lah.

VIDEO:

Rupa-rupanya saja Cik B nak cuba ada orang ingat tak tarikh hari jadinya iaitu hari ini! Alahai sampaikan ibunya sendiri buat-buat lupa memang sedih. Namun di bahagian hujung sekali video ini Cik B ‘menangis’ tervk membuatkan ramai terhibur.

Gelagat sempoi Cik B sering mencvri perhatian ramai

Video terbaru Cik B ini telah meraih lebih 300 ribu tontonan dan lebih 16 ribu retweets serta 25,600 likes. Rata-ratanya meninggalkan reaksi mereka mengenai video ini di ruangan komen seperti berikut:

“Last tu buat aku gelak sorang2”

“Ahahahha Cik B part yang last tu Ya Allah”

“Happy birthday Cik B awak memang idola Malaysia!”

Sementara itu, berikut antara kisah gelagat Cik B yang pernah menghiburkan rakyat Malaysia dan pernah kami kongsikan sebelum ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: IG / HCL

Be the first to comment on "“Last Tu Buat Aku Gelak Sorang2” – Vide0 Terbaru Cik B Hiburkan Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*