[VIDEO] Ini Senarai “Hadiah” Yg PM Beri Pada Sugu Pavithra Buat Ramai Terkeejut

 

Nama individu ini mula mendapat perhatian masyarakat Malaysia sejak akhir-akhir ini. Sugu Pavithra tidak asing lagi apabila menjadi salah seorang Youtuber yang berjaya menawan hati ramai penonton.

Hanya dalam beberapa bulan sahaja membuat konten masakan dan juga tip-tip menjaga kebersihan di dapur, akhirnya suri rumah ini berjaya meraih subscriber ratusan ribu dan disukai ramai, terutama gaya Bahasa yang disampaikan.

Bihun dan gula

Sebelum ini penulis ada kongsikan kisah Sugu dan Pavithra yang mendapat perhatian Perdana Menteri (PM) Malaysia apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi hadiah sebingkai gambar dengan disematkan kata-kata semangat.

INGIN BERKONGSI DENGAN JIRAN-JIRAN

Sehubungan dengan itu, Sugu Pavithra ada memuat naik video di channel youtubenya memperlihatkan barangan lain yang telah disumbangkan oleh PM kepada dia dan keluarga.

Bukan sekadar bingkai gambar dan tripod, malah Sugu dan Pavithra mendapat barang dapur sebagai keperluan mereka sekeluarga. Sebagai tanda terima kasih, Sugu Pavithra  telah berhajat untuk berkongsi sumbangan itu dengan yang lain juga.

Barangan dapur lain

Jelasnya, dia akan menyediakan juadah istimewa pada hujung minggu menggunakan barang makanan sumbangan PM tersebut dan mengedarkan kepada jiran tetangga.

TERAP NILAI HARMONI DALAM MASYARAKAT

Melihat kepada perkongsian Sugu Pavithra yang terbaru itu, sudah pasti ramai penonton berasa kagum dengan perwatakan yang ditunjukkan. Bukan sekadar membuktikan perbezaan warna kulit sebagai penghalang untuk menggunakan Bahasa kebangsaan.

Malah dia juga menyalurkan aura positif dengan berkongsi kasih sayang dengan orang lain. Rata-rata penonton yang melihat perkongsian terbaru Sugu Pavithra telah memberikan reaksi positif dan meraih lebih setengah juta tontonan dalam masa 24 jam.

Kesimpulannya, apabila kita membuat sesuatu perkara dengan niat yang ikhlas, akan hadir kejayaan yang tanpa disangka-sangka pada penghujungnya. Begitu lah juga dengan channel Sugu Pavithra ini.

Difahamkan awalnya dia menggunakan youtube sebagai medium perkongsian orang ramai mengenai masakan cara India dan bukannya meraih publisiti semata-mata. Bila ramai berjaya menilai keikhlasan Sugu Pavithra, akhirnya mereka mula menjadi perhatian dan dikagumi.

VIDEO:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Meecks.com / Oh MyMedia

Be the first to comment on "[VIDEO] Ini Senarai “Hadiah” Yg PM Beri Pada Sugu Pavithra Buat Ramai Terkeejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*