Makcik jual gelang ‘tepis’ C0vid-19 bikin kec0h media sosial, baru 2 hari di pasaran dah dapat hadiah Noble – Viral

 

SELEPAS kad kesihatan, kini timbul pula pr0duk gelang yang did@kwa mampu melindungi pemakainya daripada w4bak C0vid-19.

Video berdurasi satu minit 47 saat yang tular di media sosial itu menyaksikan seorang wanita memprom0sikan sejenis gelang yang baru beberapa hari berada di pasaran.

“Baru dua hari di pasaran. Saya beli untuk kegunaan saya sendiri sebab dalam bisnes ni kita sendiri dulu kena merasa sebelum menjual.

“Masa C0vid-19 ni tak ramai orang konsisten mkan supleman. The best solution, lekat kat tangan je kak supaya sentiasa jauh daripada kor0navirvs, ” katanya.

Malah wanita berkenaan turut mend@kwa pr0duk berharga RM754 itu mendapat hadiah Noble Prize winner.

“Bukan sembarangan pr0duk yang sangat hebat. Hanya pakai saja. Nampak simple tapi the best protection untuk cegah C0vid-19.

Harga gelang tersebut dipercayai berharga RM754.

So jangan lupa dapatkan satu untuk anda, satu untuk suami, kalau ada isteri dua, dua-dua isteri kena ada. Kalau anak ada 10,10… 10 anak kena ada, ” katanya.

Tind4kan wanita itu bagaimanapun dikec4m netizen kerana terlalu over-claimed demi mengaut keuntungan atas angin.

Pada masa sama, harganya turut disifatkan tidak masuk akal.

 

Orang-orang tua dekat kampung mak ayah kita ni cepat percaya benda-benda macam ni. So kitalah kena advice mereka. Ni semua penunggang C0vid ni ambil kesempatan. ABEY Netizen

“Umur pr0duk baru dua hari, lajunya dapat Noble Prize. C0vid-19 pun tak sampai setahun lagi. Dia ingat Noble Prize ni dapat through messages: ‘Tahniah, pr0duk anda menang Noble Prize’ macam sc4mmer? Vaksin pun saintis struggle bertahun nak keluarkan. Agak-agaklah nak menipu, ” kata Sue.

“Makcik pakai dulu, kena ada proof makcik hidup lepas dah bergaul dengan orang yang ada C0vid-19. Kalau makcik sihat je, saya beli semua gelang makcik. Tapi make sure makcik ada bukti tak kena j4ngkitanlah, ” kata Arepudin.

Dalam pada itu, seorang pelayar turut meminta orang ramai supaya menasihati ibu bapa di kampung agar tidak terped4ya dengan pr0duk tersebut.

Antara komen netizen pada posting video yang tular di Twitter.

“Orang-orang tua dekat kampung mak ayah kita ni cepat percaya benda-benda macam ni. So kitalah kena advice mereka. Ni semua penunggang C0vid ni ambil kesempatan, ” kata Abey.

“Dia uji gelang tu dengan C0vid ke? Ala-ala gelombang wifi ke. Macam mana gelang ni boleh melindungi orang? Too much rubbish. Quantum? Wow what a big word. Mesti makcik-makcik kampung terpengaruh. Doktor pun tak mampu nak cegah pes@kit kena C0vid inikan pula gelang, ” kata Skylooves.

Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) 3C dan 3W yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

SOP 3C adalah mengelakkan kawasan sesak dan sempit serta bertutur pada jarak dekat manakala 3W pula iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun; digalakkan memakai topeng muka di tempat awam atau jika bergejala; serta memberi amaran berkonsep peringatan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Makcik jual gelang ‘tepis’ C0vid-19 bikin kec0h media sosial, baru 2 hari di pasaran dah dapat hadiah Noble – Viral"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*