“Kata2 Zul Yahya Mengur1s Hati..” – Rosyam Nor Cerita Perkara Sebenar

 

Lebih 20 tahun bergelar anak seni, pelakon Zul Yahya menyeru penggiat seni terutamanya pekerja belakang tabir untuk meinggalkan industri hiburan dan mencari pekerjaan yang lebih diredai oleh Allah SWT.

Zul menyifatkan pekerjaan dalam industri hiburan dipenuhi dengan d0sa dan hanya memikirkan keuntungan pihak-pihak tertentu sahaja. Zul turut berkata dalam industri hiburan turut berlaku r4suah dan salah guna kuasa untuk kepent

“Saya nak kongsi satu perkara atas pengalaman dalam bidang ini lebih 20 tahun sebagai anak seni… untuk adik-adik, sahabat yang berada salam industri filem, drama tanah air terutamanya belakang tabir iaitu kru teknikal dan kru produksi.

“Saya nak syorkan kepada sahabat-sahabat, jom kita ubah kehidupan kita. Industry ini tak bawa ke mana-mana, tak ada keberkatan, kita banyak mana pun rasa tak cukup. Industri ini dipimpin sangat-sangat lari dari kehendak Allah SWT.

“Kita tahu banyak kaki ampu, berpuak-puak dan juga banyak pentingkan diri sendiri, banyaknya rasu4h, bila mereka ada kuasa salah guna dan penuhkan diri untuk n4fsu mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Zul berkata pihak produksi hanya memikirkan keuntungan sahaja dan tidak menghargai penat lelah serta pengorbanan pekerja di belakang tabir. Kata Zul lagi, ketika ujian COV1ID-19 inilah kita diberi peluang untuk ubah jadi lebih baik.

“Ini yang kita nampak depan mata pernah berlaku nasib kru-kru semua kita tahu mereka bekerja susah payah keluar pagi balik pagi, kerja tak ikut tempat, makan merata-rata, pengorb4nan dan usaha mereka tapi pihak atasan tak Nampak pengorb4nan itu.

“Ramai sahabat-sahabat saya dulu penghujung kehidupan mereka taka da apa-apa dah la EPF tiada, insuran pun kadang hidup kadang tak hidup, kejayaan tak ada,” katanya.

Zul berkata lagi, dia bercakap berdasarkan pengalamannya, malah keputusannya untuk undur diri dalam industri hiburan merupakan yang keputusan terbaik buat dirinya.

“Saya bercakap berdasarkan pengalaman, itu satu sebab saya undur diri. Selagi belum ada corak baik selagi itu keberkatan taka ada, Sayang sedih tapi banyak jalan kita boleh usahakan, tinggalkan industri ini. Kita penat saja taka da siapa hargai,” jelasnya.

“Kata2 Zul Yahya Mengur1s Hati..” – Rosyam Nor Cerita Perkara Sebenar

PENERBIT dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor berkata, kenyataan Zul Yahya yang menyifatkan karier pekerja belakang tabir industri filem dan drama sebagai tidak berkat dan meminta mereka mengubah haluan kerjaya sebagai pandangan peribadi.

Bagaimanapun, Rosyam berkata, Zul tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia berkaitan rezeki.

“Bagi saya, dia tak sepatutnya bercakap begitu. Sebab rezeki datang daripada pelbagai cara dan apa yang dilakukan oleh penggiat industri ini pun adalah rezeki mereka.

“Dia juga tak sepatutnya menudvh ada rasu4h dan lain-lain perkara yang burvk. Mungkin dia rasa tak dapat apa-apa ketika aktif dulu, ia kerana nasib tak menyebelahinya dalam bidang seni.

“Jadi, sesiapa yang masih lagi cari makan dalam bidang ini, mereka perlu teruskan perju4ngan untuk mencari rezeki,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Rosyam, tanpa kru belakang tabir, bagaimana stesen TV boleh beroperasi yang mana pengisiannya turut menampilkan program d@kwah.

“Ustaz dan pend@kwah yang buat program ceramah dan d@kwah pun ada juga unit kru sendiri.

“Jadi, kru belakang tabir sebenarnya besar peranan mereka. Tapi itulah, ini pandangan peribadi Zul.

“Mungkin nasibnya dengan izin Allah, dia dapat mencari rezeki dengan cara yang lain,” katanya.

Sepanjang yang diketahuinya, Rosyam memberitahu, tidak 100 peratus kru belakang tabir kekal dengan kerjaya ini selamanya.

“Kadangkala selepas beberapa ketika, mereka beralih cari kerja lain.

“Kalau Zul tuduh kata tak berkat, rasanya itu agak menggvris perasaan semua orang.

“Sebenarnya berada dalam industri drama dan perfileman pun rezeki daripada Allah juga,” katanya.

Rosyam berkata, sekiranya seseorang mahu melakukan perkara yang tidak sennoh dan tidak baik, ia bukan hanya berlaku dalam bidang seni.

“Dalam mana-mana bidang pun boleh berlaku. Dalam masjid pun kalau niat tak betul boleh berlaku juga.

“Kita pun pernah dengar tabung masjid kena cvri serta kita pernah dengar barang-barang masjid kena cvri dan yang mencuri pun orang dalam juga.

“Benda-benda ini kita tak tahu. Bila ada tudvhan itu rasanya sesuatu yang tak elok. Biarlah orang-orang seni berhadapan dengan rezeki mereka dan Allah yang menentukan,” katanya.

Rosyam menolak sekiranya ada usaha untuk mempertemukannya dengan Zul kerana enggan memperbesarkan perkara ini.

“Terpulanglah apa dia nak cakap. Dalam kerjaya kami, satu yang bagusnya ialah semua orang boleh komen baik buruk industri tapi kami tak kisah dan tak jadi kudis pun.

“Cakap apa pun, kami tetap bekerja meneruskan perjuangan kami. Mungkin ada orang keluar dari industri itu kerana dia seakan gagal bertahan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : HM / Oh MyMedia

Be the first to comment on "“Kata2 Zul Yahya Mengur1s Hati..” – Rosyam Nor Cerita Perkara Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*