Penulis Lirik Lagu Terkenal Isabella, Rupanya Bob Lokman Adalah Cicit Ulama Besar, Tok Kenali

 

Pelakon dan penulis lirik terkenal, Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali dengan nama Bob Lokman sudah bersedia menghadapi apa jua cabaran apabila membuat keputusan pulang ke Kelantan.

Bob juga telah memohon maaf kepada semua kenalan industri seni jika dia ada melakukan kesilapan sepanjang aktif dahulu.

Sebelum ini ramai mengenali Bob sebagai seorang penulis lirik lagu-lagu tersohor zaman 80-90an.

Namun siapa sangka beliau juga adalah cicit kepada seorang ulama terkenal di Kelantan, Tok Kenali (1870 – 1933).

Tampil dengan mengubah sepenuhnya gaya hidup serta prinsip yang meyakinkan, Bob Lokman kini redha dan bersedia menerima ketentuan Allah swt.

Menurut beliau, kem4tian rakan seni secara mengejut membuatkan dirinya semakin mahu mendekati dan mentaati Allah.

” Allah yang memberikan rezeki dan Allah yang menarik semua itu, saya tidak takut atau bimbang begitu juga dengan isteri saya kerana dia redha dengan apa yang saya mahukan dalam hidup ini,” ujar Bob

Pada 19 Februari lalu, penulis lirik lagu ‘Isabella’ ini telah mengejutkan banyak pihak kerana telah menyerahkan borang menjadi ahli Pas kepada Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah pada Majlis Himpunan 30 ribu pemuda Pas di Kedah.

Imej baru beliau, berjanggut, berpakaian jubah, berserban dan bertongkat tidak seperti di zaman rokersnya berbaju t-shirt atau berkemeja dengan seluar jean sendat.

Pernah dilimpahi kekayaan

Tambah beliau, sebelum ini memang hidupnya senang dan dilimpahi kekayaan tetapi kekayaan itu membuatkan dirinya lupa dan lalai.

” Sebelum ini saya kaya, pendapatan 30 ribu hingga 50 ribu sebulan hasil perniagaan tetapi kekayaan itu tidak memberi ketenangan dan ketenteraman kepada saya.

” Kemudian saya jatuh, kejatuhan pertama menjadikan saya lupa dunia,” akuinya jujur.

Kemudian beliau kembali dilimpahi kekayaan yang berganda namun kekayaan itu membuatkan isterinya lari dan dirinya mengalami masalah tulang belakang hingga lumpuh selama lapan bulan.

” Kekayaan waktu itu tidak menjamin kebahagiaan kepada saya hingga isteri lari dan saya mengalami lumpuh.

” Kejatuhan kali kedua ini membuatkan semangat saya bertambah kuat dan saya lebih mendekati Allah walaupun ketika itu pendapatan saya tidak ada langsung.

” Saya tahu semua itu adalah atas kehendak Allah, ada masanya dia beri dan ada masanya dia tarik, saya redha atas apa yang berlaku.

” Bagaimana pun saya tetap akan berusaha mencari rezeki yang bersesuaian dengan diri saya,” katanya.

Gambar (kiri) cucu-cucu Tok Kenali, gambar tengah Tuan Hj. Lokman ( bapa kepada Bob Lokman) dan gambar (kanan) dikatakan gambar terakhir Tok Kenali.

Sekilas info tentang Bob Lokman, cicit Tok Kenali

Bob berasal dari Kelantan dan cicit ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali. Bapa saudaranya Wardi Ahmad pernah menjadi ADUN Lundang.

Beliau pernah bersekolah di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang,Selangor. Beliau ialah ambilan pertama sekolah itu pada tahun 1977. Semasa di sekolah, bakat beliau menyerlah dalam sesi bahas dan pernah menjadi pembahas terbahas sekolah agama kerajaan negeri Selangor itu.

Pada tahun 1981 ketika di tingkatan lima, dia dibuang asrama dan sekolah. Selepas itu bersekolah swasta di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Pengalaman beliau semasa di sekolah ditulis dalam buku ‘Aku, Isabella dan Tok Kenali’. Buku Travelong Hidayah ini diterbitkan oleh Jundi Resources.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: asiakini.com

Be the first to comment on "Penulis Lirik Lagu Terkenal Isabella, Rupanya Bob Lokman Adalah Cicit Ulama Besar, Tok Kenali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*