Video gelagat ank Amar Baharin dan Amyra Rosli sewaktu orang tengah solat tarik perhatian warganet. Memang baik sangat tak kacau orang solat.

Menjadi tugas ibu bapa untuk mendidik anak dari awal lagi. Apatah lagi ketika kecil, anak-anak begitu mudah untuk mengikuti apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Dalam satu video pendek yang muat naik oleh pelakon Amar Baharin di Instagram miliknya, gelagat anak sulungnya cukup menghiburkan.

Ketika mereka sedang mengerjakan solat berjemaah, Anaqi yang berusia dua tahun lebih cuba mengikuti mereka yang sedang solat. “Apa la agaknya yg difikirkan anak-anak kecil waktu melihat keluarganya solat berjemaah. Semoga menjadi insan yang beriman dan anak yang soleh @aqeefanaqi,” doa Amar pada entri tersebut.

Rata-rata warganet memuji sifat Anaqi yang tidak mengganggu orang lain yang sedang bersolat. “Terbaiklah Aqif. Tak mengacau famili dia. Biasanya budak-budak suak merengek bila orang tua tengah solat,” tulis novi-maiyerti. “Bagus dia. Sikit lagi boleh solat sama-sama tu. Dia tengok dan fahamkan. Bagus sungguh dia tak kacau,” komen iam_baitijannati.

“So cute la Aqeef Anaqi ni. Baik je tak kacau orang tengah solat pun. Insya-Allah semoga menjadi anak baik dan soleh,” tulis Ainunbeauty.perak pula. Aqeef Anaqi turut mempunyai akaun Instagramnya sendiri yang dijaga oleh Amar dan Amyra dengan pengikut seramai 705,000 orang.

Manakala adiknya Ayra Aryssa mempunyai pengikut seramai 103,000 orang di Instagram.

View this post on Instagram

apa la agaknya yg difikirkan anak2 kecil waktu melihat keluarganya solat berjemaah… semoga menjadi insan yg beriman dan anak yg soleh @aqeefanaqi 🤲🏻

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Video gelagat ank Amar Baharin dan Amyra Rosli sewaktu orang tengah solat tarik perhatian warganet. Memang baik sangat tak kacau orang solat."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*