Habis Ramadan nanti mesti tak cukup kain balik. Akhirnya Zizi Kirana buka mulut dedah ramai yang tak suka dia berhijab di bulan puasa

Pasti ramai tahu penyanyi Zizi Kirana akan tampil berhijab di sempena menghorm@ti bulan Ramadan. Meskipun sudah berpakaian sopan, namun Zizi berkata masih ada yang kurang senang dengan tindakannya itu. Menurut Zizi, rata-rata mereka yang mengkritik kerana tidak bersetuju kerana dia hanya bertudung di bulan puasa sahaja. Bagaimanapun, Zizi berkata kritikkan warganet itu tidak mematahkan niatnya untuk melakukan kebaikan di bulan Ramadan.

“Bulan puasa tahun ini saya masih kekalkan imej bertudung. Tapi yang sedih tu masih ada warganet yang maki-maki dan tak bersetuju saya bertudung hanya di bulan puasa sahaja. Biarlah mereka nak cakap apa pun, saya biarkan sahaja komen itu. “Doakan sahajalah yang baik-baik, jangan lah kritik kritik tambah dosa di bulan Ramadan ni. Manalah tahu nanti saya akan bertudung terus,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Zizi berkongsikan banyak hikmah yang diperolehi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Ramadan kali ini. Zizi berkata tahun ini dia solat terawih dan mengaji sendirian memandangkan tidak dapat pulang ke kampung. “Sekarang ini setiap hari saya akan video call dengan keluarga di Sabah semasa berbuka dan bersahur. Walaupun kami jauh tapi rasa dekat, sebelum ini saya akui agak sibuk sampai tak sempat nak telefon keluarga.

“Memandangkan Ramadan tahun ini hanya dirumah, dapatlah solat Terawih setiap hari. Bermula PKP fasa kedua, saya ambil masa baca Al-Quran. Banyak hikmah berkurung di rumah,” katanya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

sumber : mstar

Be the first to comment on "Habis Ramadan nanti mesti tak cukup kain balik. Akhirnya Zizi Kirana buka mulut dedah ramai yang tak suka dia berhijab di bulan puasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*