Wad mula kosong tapi sayu bila bekas pesakit Covid 19 keluar. Akhirnya ini luahan rindu jurujawat yang merawat kluster tabligh dan tahfiz

Sejak akhir-akhir ini, kita dapat melihat bahawa ada penurunan dalam laporan kes baharu Covid-19 yang dilaporkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah. Penurunan ini sedikit sebanyak berjaya membuktikan bahawa langkah yang di ambil bagi mengekang penularan wabak ini adalah tepat sekali.

Tidak kurang juga bilangan pes@kit yang telah pulih dan discaj dari h0spital. Bilangan kes pulih saban hari meningkat dan lebih tinggi daripada jumlah kes baru yang dilaporkan.

Seorang jururawat yang ditugaskan untuk merawat pes@kit-pes@kit Covid-19 bernama Rabiatul Adawiyah ini ada berkongsikan tentang suasana dan situasi yang sedang terjadi di wad di mana dia bertugas. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Bye-bye memori covid-19

16 march 2020 – 29 april 2020. Ward teratai 2c h0spital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Sayu bila tengok ward kami dah lengang tiada patient. Dah takde dengar suara laungan azan, ayat suci al-quran dan solat berjemaah. Terkesan di hati rindu saat ade mereka yang muliakan agama walaupun di uji di asingkan dari keluarga dan masyarakat sekeliling.

Sebak apabila malam 4 ramadhan mereka menunaikan terawih diketuai imam pes@kit tabligh dan di akhiri dengan takzirah yang terkesan di hati para pes@kit dan juga kami frontliner yang bertugas. i will remember miss this moment. Kenangan indah menjaga pes@kit covid-19. Kluster tabligh, kluster adik tahfiz, kluster uia.

Terima kasih kerana dikurniakan pengalaman kenangan yang paling berharga. Semoga kite jumpa lagi di lain masa. Maaf atas kekurangan yang ada. semoga kite semua dikurniakan kesihatan yang baik. Semoga semua ward ward lain akan clear dan dikosongkan. Masih ada lagi beberapa ward yang masih buka and di negeri lain beransur kurang pes@kit covid-19. Semoga covid-19 zero case dan kite boleh beraya bersama family.

Thanks a lot untuk team 2c yang sukarela berjihad demi merawat patient covid. Tq team covid 2c. Walaupun baru kenal berbeza tempat betugas sebelum ni ada yang di ward, klinik dan h0spital lain. Kite sama-sama bantu membantu dalam memberi per@watan pes@kit covid-19 . We are fighter!! Dan last sekali alhamdulillah baju berlapis-lapis bukan baju raya kami.

#fightercovid19 #covid19malaysia #covid19 #stayathomekitajagakita #kitapastimenang #zerocovid. Bye bye memori covid 19 16 march 2020 – 29 april 2020ward teratai 2c h0spital tengku ampuan afzan,kuantan.sayuuu… Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Kredit: Rabiatul Adawiyah via SK

Be the first to comment on "Wad mula kosong tapi sayu bila bekas pesakit Covid 19 keluar. Akhirnya ini luahan rindu jurujawat yang merawat kluster tabligh dan tahfiz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*