Aafiyah semakin bijak. Rupa rupanya ramai teruja tengok gelagat Aafiyah yg comel sgt menarik perhatian ramai

Anak-anak ibarat kain putih yang masih suci dan orang dewasa yang akan mencorakkannya. Gelagat mereka yang sangat tulus dengan pelbagai ragam kadang-kadang mampu membuatkan orang lain terhibur. Sama seperti gelagat anak selebriti kesayangan ramai ini. Baru-baru ini rakaman gelagat anak TokTi iaitu Aafiyah tular di sosial media. Gelagat Aafiyah yang semakin membesar ini membuatkan ramai terhibur, apatah lagi apabila ibunya sendiri iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza, turut meny4kat anaknya ini.

Video asal yang dimuatnaik oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau ramai memanggilnya Tokti di Instagram Stories kemudiannya dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter. Video yang dikongsikan semula oleh pengguna Twitter dengan nama akaun IniAlannn itu telah meraih perhatian ramai. Berikut adalah video yang dikongsikan olehnya: Dah susun, dah kemas pun still kena marah dengan Tokti lagi. Dah takdak idea nak kemas macam mana dah, last2 dia menangis ja terus 😂😂😂 Comelnya Aafiyahh oiii

Alahai comel dan bijak sangat Aafiyah ya! Sibuk bermain baju-baju, akhir sekali menangis sebab tidak tahu cara mahu mengemaskannya semula. Video berdurasi 1 minit 13 saat itu meraih lebih 200 ribu tontonan dan 15 ribu retweets serta 14,400 likes. Rata-rata warganet tinggalkan reaksi mereka mengenai rakaman gelagat anak TokTi ini di ruangan komen seperti berikut:

“Part ni comel betul Aafiyah. Aafiyah macam apa lagi ibu ni hahaha” “Tapi dia faham setiap arahan ibu dia cakap. Cara dia jawab semua pun jelas. Alahai bijaknya dia” “Artis lain beriya speaking dengan anak masing-masing sampai tahap anak tu tak fasih bahasa sendiri. Siti chill aje guna BM” Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Twitter IniAlannn via rose merah

Be the first to comment on "Aafiyah semakin bijak. Rupa rupanya ramai teruja tengok gelagat Aafiyah yg comel sgt menarik perhatian ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*