Selepas terbongkar sudah rujuk semula ada warganet tanya macam mana kalau Aliff Aziz buat masalah lagi. Tak sangka ini jawapan padu dari Bella Astillah.

” Ya saya (berbadan dua) doakan Bella tau”. Itu pengakuan penyanyi Bella Astillah yang mengesahkan dia dan Aliff Aziz sudah kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam edah. Bella menerusi Instagram turut mengakui dirinya kini sedang hamiI. Bella membalas komen warganet yang bertanyakan mengenai hubungannya dengan Aliff. ”Alhamdulillah masih dalam edah lagi (rujuk) jadi tak perlu kahwin semula” ujarnya menjawab beberapa soalan warganet.

Rabu lalu, Bella memberi bayangan hubungannya dengan penyanyi Aliff Aziz sudah kembali rujuk sebagai suami isteri. Menerusi temu bual bersama radio Suria FM, penyampai segmen Suria Petang Tyzo dan Sharifah Shahirah bertanyakan khabar angin mengenai statusnya dengan Aliff. Bagaimanapun, penyanyi lagu Tenang ini hanya mendiamkan diri. Warganet tanya kalau Alif buat lagi macam mana?

Sementara itu, menjawab komen warganet tentang perangai Aliff Aziz yang sering menimbulkan pelbagai masalah, Bella berkata, dia hanya bertawakal kepada Allah. ”Itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu, saya jalani, tawakal dan hanya mampu merancang kerana Allah yang menentukan. Kenangan pahit akan jadi pengajaran hebat buat semua. Terima kasih atas doa, ” ujar Bella..  Biarpun Bella hanya mendiamkan diri, namun pasangan penyampai segmen itu meluahkan rasa syukur kononnya pasangan itu sudah rujuk kembali.

Dah lama berbaik

Menurut Bella, dia hanya ingin menghorm@ti kedua-dua belah keluarga memandangkan situasi krisis penularan wabak COVlD-I9 yang sedang melanda. ” Dah lama berbaik. Saya horm@ti kedua-dua permintaan keluarga. Dalam masa tidak sesuai dengan keadaan sekarang, banyak benda penting nak uruskan dan fokus,” katanya. Menerusi laporan mStar pada 17 April lalu, Bella memilih untuk tidak lagi berkongsi mengenai hal melibatkan kehidupan peribadinya kepada umum.

Kata Bella, dia tidak berniat untuk menipu namun hanya belajar daripada kesilapan lalu yang terlalu terbuka berkongsi semua perkara peribadi di laman sosial sehingga menyebabkan dirinya dikritik. Dah check, scan jantina ke Bella? Dalam pada itu, Sharifah Shahirah dan Tyzo turut mengajukan soalan kepada Bella berkenaan dirinya kini sedang berbadan dua. ”Berapa bulan dah Bella? Ada yang kata begitu sebab nampak seri mengandung dah ada.

” Kalau betul, seronoklah kami. Dah check, scan jantina ke?” seloroh Tyzo. Bagaimanapun, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah hanya meluahkan rasa syukur dan mengharapkan semua orang mendoakannya. Bella dan Aliff mempunyai seorang anak lelaki, Ayden. Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata Mohamad Ayden Adrian yang kini berusia tiga tahun.

Pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku selingkuh. Untuk makluman, tempoh edah perlu dijalani seseorang wanita iaitu sebanyak tiga kali suci atau lebih kurang empat bulan selepas berpisah. Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment on "Selepas terbongkar sudah rujuk semula ada warganet tanya macam mana kalau Aliff Aziz buat masalah lagi. Tak sangka ini jawapan padu dari Bella Astillah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*