Risau bila penduduk zon hijau mula ambil selesa. Akhirnya Dr Noor Hisham dedahkan apa akan berlaku kalau penduduk mula alpa dengan keadaan semasa.

MASYARAKAT yang berada di kawasan zon hijau dinasihatkan agar tidak leka dan kekal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga situasi penularan wabak Covid-19 benar-benar pulih. Nasihat itu disuarakan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham yang melahirkan kebimbangannya kerana khuatir penduduk di kawasan berkenaan mengambil mudah lantaran tiada kes baharu yang dilaporkan di kawasan mereka.

“Seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), masih terdapat segelintir masyarakat yang ingkar kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Diperhatikan juga, penduduk zon hijau mulai mengambil mudah situasi tiada kes baharu yang dilaporkan, dan ini sememangnya merisaukan KKM. KKM juga khuatir masyarakat alpa lalu mengambil mudah nasiha-nasihat kesihatan yang telah dikeluarkan kerana memikirkan bahawa wabak ini hampir selesai. Pada hakikatnya, peperangan menentang musuh yang tidak kelihatan ini masih belum tiba ke penghujungnya,” katanya pada sidang media harian Covid-19 pada Sabtu.

Dr Noor Hisham juga mengingatkan bahawa kelalaian dan sikap ambil mudah masyarakat menjadi sekutu kepada kepada virus tersebut. Dalam perkembangan yang sama, Dr Noor Hisham berkata KKM mengesan sebanyak 43 kes disahkan positif Covid-19 di dalam kluster pes@kit dalam siasatan (PUI) Bali di sebuah pusat perubatan di Kuantan, Pahang. Ujarnya, daripada 43 kes yang disahkan positif di dalam kluster ini, sebanyak 10 daripadanya adalah anggota kesihatan pusat perubatan itu.

“Ketika ini, 30 orang sedang dirawat di wad h0spital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Pahang; sembilan telah sembuh; seorang sedang dirawat di unit r@watan rapi; tiga orang telah pergi buat selamanya (iaitu kes ke-1575, kes ke-5064 dan kes ke-4129). Sebanyak 2,301 ujian saringan Covid-19 telah dijalankan, melibatkan anggota kesihatan dan pes@kit dari pusat perubatan tersebut,” katanya. Tambah beliau, langkah-langkah kawalan penularan jangkitan wabak itu sedang giat dijalankan dengan kerjasama rapat KKM, termasuk proses dekontaminasi dan pemindahan pes@kit ke h0spital-h0spital KKM yang berdekatan. Ini adalah untuk memastikan pusat perubatan tersebut selamat dan diyakini bebas daripada jangkitan Covid-19,” ujarnya lagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Risau bila penduduk zon hijau mula ambil selesa. Akhirnya Dr Noor Hisham dedahkan apa akan berlaku kalau penduduk mula alpa dengan keadaan semasa."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*