PKP dilanjutkan. Akhirnya ini respon padu Ustaz Ebit Lew bila Perdana Menteri Malaysia umumkan PKP akan dilanjutkan buat ramai tergamam

Terkini, kerajaan menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 12 Mei ini, namun memberi sedikit kelonggaran terhadap dua perkara sahaja. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelonggaran itu hanya membabitkan kebenaran pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) yang berada di kampus untuk pulang ke rumah dan kebenaran satu kali perjalanan untuk rakyat yang terkandas di kampung.

Pelajar IPT yang masih kampus, boleh pulang ke rumah. Pertamanya, beliau berkata, pelajar IPT yang kini masih kampus, boleh pulang ke rumah masing dengan proses yang dirancang dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Katanya, ketika ini hampir 100,000 pelajar masih terkandas di kampus masing-masing, justeru kerajaan perlu memastikan kepulangan mereka teratur dan tidak berisiko jangkitan COVlD-I9.

” Sebelum pulang, mereka akan dipastikan benar-benar sihat dan tidak gejala sebelum kembali ke pangkuan keluarga. ” Kebenaran untuk membolehkan pelajar itu pulang akan diumumkan dalam tempoh terdekat ini untuk menentukan semua pulang dengan selamat,” katanya dalam Perutusan Khas Ramadan di RTM, malam ini.

Berikut pula luahan sayu Ustaz Ebit selepas pengumuman PM tersebit. “PKP bersambung.. Terasa sejuk sayu Ramadhan kali ini. Nak menangis rasa. Selamat berpuasa dan beribadah keranaNya. Kerana Allah itulah kekuatan. Ya Allah tuhanku. Terasa benar kali ini. Benarlah dunia ini tidak sama lagi. Ya Allah bantulah kami semua. Sayangilah kami semua. Sembuhkanlah semuanya. Angkatlah covi1d 19 ini. Hanya padaMu kami semua memohon

Saudaraku disebalik ujian ada rahmat. Mari kita cari semua yang hidup merata tiada tempat tidur dan sedang kelaparan. Beribu nama setiap hari saya peroleh. Tanyalah khabar jiran dan keluarga walau melalui wasap. Jangan biar seorang pun susah tanpa kita bantu mereka-ebitlew

Pulang ke pangkuan Keluarga

Setelah beberapa hari melakukan misi bantuan demi insan yang memerlukan sumbangan di sekitar Malaysia, pend@kwah terkenal ustaz Ebit Lew pulang ke rumahnya meluangkan masa untuk berehat. Sebuah video dikongsi di laman Instagram yang memaparkan anak-anaknya melepaskan rindu apabila gembira berpelukan dengan pend@kwah berusia 38 tahun itu.

Menurut Ebit, beliau merindui anak-anak dan isterinya selain menyifatkan perjalanan kali ini membuatkan hatinya semakin sayu dan lebih mempelajari mengenai kehidupan. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "PKP dilanjutkan. Akhirnya ini respon padu Ustaz Ebit Lew bila Perdana Menteri Malaysia umumkan PKP akan dilanjutkan buat ramai tergamam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*