Bila suami dikritik hebat. Terkedu bila dapat tahu ini kata kata dari isteri Ustaz Ebit Lew buat warganet sebak.

Setelah beberapa hari melakukan misi bantuan demi insan yang memerlukan sumbangan di sekitar Malaysia, pendkwah terkenal ustaz Ebit Lew pulang ke rumahnya meluangkan masa untuk berehat. Sebuah video dikongsi di laman Instagram yang memaparkan anak-anaknya melepaskan rindu apabila gembira berpelukan dengan pendkwah berusia 38 tahun itu.

Menurut Ebit, beliau merindui anak-anak dan isterinya selain menyifatkan perjalanan kali ini membuatkan hatinya semakin sayu dan lebih mempelajari mengenai kehidupan. “Ayah kenapa menangis. Rindu sangat pada bidadari dan anak ayah. Rindu ayah sangat. Ayah pun rindu anak-anak ayah. Ayah nak jadi baby boleh tak? Nak dukung. Seorang lagi ayah nak terbang. Boleh tak ayah.

“Semua anak berlari rindu nak peluk. Jap ayah mandi bersih-bersih wangi-wangi. Jap-jap yer anakku. Mana pun kita pergi dalam dunia dan apa orang kata. “Pelukan bidadari dan anak-anak mengubati segalanya. Nikmat dari Allah. Berebut-rebut semua nak kiss ayah dia. Nak hug semua sekali. Rumahku syurgaku,” katanya. Tambah Ebit, beliau dipeluk isterinya dan berkata tidak perlu bersedih kerana Allah SWT sentiasa ada bersama hambaNya.

“Kan dia jaga kita dari dulu sampai bila-bila. Allah punya semua. Nanti kita menangis sama-sama dalam doa supaya setiap orang yang kita jumpa bahagia dan kasih sayang hadir dalam setiap keluarga di seluruh dunia,” ujar isterinya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Ebit Lew

Be the first to comment on "Bila suami dikritik hebat. Terkedu bila dapat tahu ini kata kata dari isteri Ustaz Ebit Lew buat warganet sebak."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*