Susah payah Ustaz Ebit Lew carikan rumah tapi taknak pindah pulak. Terkedu rupa rupanya ini yang perangai sebenar keluarga Pak Aq

Tinggal di rumah usang dipenuhi timbunan sampah, kisah satu keluarga di Alor Setar mendapat perhatian warganet apabila Ustaz Ebit Lew bermurah hati berkunjung ke sana. Melihat keadaan rumah yang terlalu daif, Ustaz Ebit mengambil keputusan menyewakan mereka sebuah rumah baru yang selesa.

Walau bagaimanapun, masih ada ahli keluarga yang did@kwa enggan berpindah meskipun rundingan sudah dibuat. “Tolonglahlah Keluar Ke Rumah Baru” Rundingan pagi ini kerana masih ada ahli keluarga yang enggan keluar. Pelbagai drama yang berlaku dirumah “Pak Aq” pagi ni. Kehadiran AJK Masjid dan orang kampung disambut dengan perkataan kesat oleh ahli keluarga “Pak Aq”.

Semoga Allah mempermudahkan dan memberi kesabaran penduduk-penduduk kampung. Banyak kisah yang dapat pagi ini. Mak Cik- Mak Cik orang kampung menangis membaca komen warganet dituduh tidak berhati perut. “Sejak 1998 kami nak buat rumah depa tak mau. Macam-macam kami bagi. Hari ni satu Malaysia maki hamun kami di Facebook”.

Banyak sisi gelap yang tidak dicerita. Longgokan sampah adalah barang-barang sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk beg-beg yang kelihatan masih elok. Timbunan sampai dari luar sampai ke dalam rumah. Entah bagaimana mereka tidur bercampur lelaki perempuan termasuk orang luar berlainan agama.

Apabila agensi dikritik, kakitangan mampu menerima kritikkan. Tetapi apabila ibu-ibu dan ayah-ayah di Kampung Derga dikecam, mereka hanya mampu menitiskan air mata sebak meluahkan perasaan. Bertahun memberi sumbangan tetapi hari ini nama mereka buruk satu Malaysia.

Kesan psikologi yang amat mendalam kepada orang-orang tua yang rata-ratanya orang kampung biasa dalam kalangan pesawah dan berkerja. “Ya Allah berikanlah kekuatan kepada penduduk Kampung Derga”. Derga, Alor Setar, Kedah. 21 April 2020

Rata-rata warganet turut memberikan pendapat mereka..

Sumber : Faisal Mustaffa / ohbulan

Jangan lupa tekan like dibawah untuk berita menarik. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Susah payah Ustaz Ebit Lew carikan rumah tapi taknak pindah pulak. Terkedu rupa rupanya ini yang perangai sebenar keluarga Pak Aq"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*