Belum apa apa dah mintak hadiah. Esok hari lahir Dr Noor Hisham tapi ini permintaan besar beliau pada semua rakyat Malaysia

Sempena sambutan ulang tahunnya ke-57 esok, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyeru rakyat Malaysia untuk kekal duduk di rumah sebagai hadiah bermakna buat beliau ketika negara dilanda krisis pandemik koronavirus baharu (Covid-19) ini.

Dalam ucapan ringkas selepas sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini, beliau berkata; “Sempena hari jadi saya esok, iaitu 21 April, hadiah paling istimewa untuk saya ialah kalau boleh rakyat Malaysia, kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi,” kata kepada Bernama. Mengikut laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham dilahirkan 21 April, 1963 di Sepang, Selangor.

Pendidikan Dr Noor Hisham

Dari segi latar pendidikan, beliau menerima kelulusan Doktor Perubatan (MD) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1988 sebelum melanjutkan pengajian dalam Sarjana Pembedahan (MS) di universiti sama pada 1994. Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Royal Australasian College Of Surgeons Fellowship Training in Breast Endocrine Surgery pada 1997, seterusnya Academy of Medicine Malaysia (AM) pada tahun berikutnya, 1998.

Selain itu, beliau menerima kelulusan dari Fellow Academy of Medicine Malaysia (FAMM) pada 2004 dan Advanced Management Program, Oxford Business School, di United Kingdom pada 2008. Mengenai pengalaman kerja, sebelum diangkat sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 1 Mac 2013, Dr Noor Hisham menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) bermula 29 Januari 2008.

Beliau menjadi Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am h0spital Putrajaya pada 16 Ogos 2002 dan pernah bertugas sebagai Ketua Unit Operasi Payudara Endokrin , Jabatan Pembedahan, h0spital Kuala Lumpur pada 16 Januari 1998. Antara 1997 hingga 1998 juga, beliau pernah menjadi Fellowship in Endocrine Surgery, Royal North Shore h0spital, University of Sydney Australia dan Fellowship in Breast Endocrine Surgery, Royal Adelaide and Queen Elizabeth h0spitals University of Adelaide Australia.

Antara 1988 hingga 1994, beliau pernah menjadi Pakar Pembedahan Am, h0spital Kuala Terengganu (01 Julai 1994), Medical Officer Accident and Emergency Department, h0spital Kuala Lumpur (02 Oktober 1989) dan House Officer University h0spital Kuala Lumpur (01 Ogos 1988). Perkhidmatan beliau dalam bidang perubatan turut mendapat pengiktirafan apabila menerima Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000, HKL dan Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004, JKWPKL. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HM online

Be the first to comment on "Belum apa apa dah mintak hadiah. Esok hari lahir Dr Noor Hisham tapi ini permintaan besar beliau pada semua rakyat Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*