Ank sulung setiap hari menangis tak nak duduk rumah kecil. Akhirnya Che Ta buka mulut bongkarkan cerita ketika jadi ibu tunggal. 

Aktres Rozita Che Wan atau Che Ta akui mula melakukan perubahan hidup selepas anak sulungnya, Ammar Effendy tidak mahu hidup susah ketika dia baru menjadi ibu tunggal lebih sepuluh tahun lalu. Che Ta berkata dia tercabar dan  bangkit menyara hidup anak-anaknya selepas ditinggalkan bekas suami di rumah yang kecil.

“Semasa saya berkahwin dengan bekas suami dahulu saya terus berhenti bekerja dan menjadi suri rumah sepenuhnya serta menguruskan anak di rumah. “Namun selepas sepuluh tahun saya berkahwin, kami berpisah. Dari tinggal di rumah banglo depan kelab golf, saya bawa anak-anak ke appartment yang kecil.

“Ammar setiap malam menangis kerana dia tidak mahu tinggal di rumah yang kecil. Ketika itu saya rasa sangat tercabar. “Saya perlu buat sesuatu supaya anak-anak tidak rasa perubahan hidup,” katanya menerusi temu bual di dalam program realiti,  The House musim ketiga (The House 3) episod 1.

The House 3 merupakan program realiti yang bersiaran di Astro Gempak pada tahun 2017. Selain kisah Che Ta, The House  turut memaparkan ragam dan kisah ahli keluarga Che Ta yang lain seperti Zain Saidin sebagai seorang suami yang romantik yang berusaha keras dalam bidang perniagaan yang diceburi serta tiga cahaya mata beliau termasuk Ammar Effendy dan Aniq Ezzra sebagai anak bujang Che Ta daripada perkahwinannya yang terdahulu serta Aaisyah Dhia Rana yang comel yang bijak bergaya.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Astro Gempak akan menayangkan kembali drama siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah.  Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak!

Be the first to comment on "Ank sulung setiap hari menangis tak nak duduk rumah kecil. Akhirnya Che Ta buka mulut bongkarkan cerita ketika jadi ibu tunggal. "

Leave a comment

Your email address will not be published.


*