Uchop tak malu jual ikan

 

KUALA LUMPUR: Tiada apa yang mahu dimalvkan, penyanyi, Uchop Ahmad, 36, tidak kisah melakukan kerja menjual dan menghantar barang basah seperti ikan, sotong dan udang kepada pelanggan, demi sesuap rezeki.

Rezekinya kian bertambah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa, apabila ramai pelanggan tidak boleh keluar rumah.

“Tak timbul soal malu, sekali pun saya bergelar penyanyi. Ia bukan alasan untuk saya berpeluk tubuh tanpa membuat apa-apa kerja.

“Selagi rezeki halal, soal malu saya buang ke tepi. Lebih utama, khidmat jual dan hantar barang basah secara tunai atau COD (Cash On Delivery) juga berpaksikan amal.

“Saya dan rakan niaga tak meletakkan caj penghantaran sejak niaga. Tetapi, syaratnya pelanggan perlu membeli barangan mentah dalam kuantiti banyak supaya berbaloi perjalanan dilakukan,” katanya kepada BH Online.

Juara program realiti, Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua itu berkata, usahanya sedikit sebanyak membantu mereka yang terbatas pergerakan dalam tempoh PKP.

“Ada isteri tak boleh keluar kerana suami bekerja dalam sektor yang dibolehkan bekerja. Jadi, inisiatif ini memudahkan mereka mendapatkan barang basah untuk dimasak.

“Golongan artis juga menyokong saya dengan membeli barang basah ini. Antaranya, Datuk Hattan dan Helmi Gimmick. Ada juga rakan wartawan yang sudi menjadi pelanggan saya,” katanya.

Uchop berkata, perniagaan itu diusahakan bersama temannya daripada Kelab Bencho’s Motorsport.

“Kelab Bencho Motorsport melakukan pelbagai aktiviti. Bukan sahaja membabitkan kenderaan, malah aktiviti memancing pun ada.

“Tak sangka pula cetusan idea berniaga barang basah dalam tempoh PKP menarik minat rakan lain.

“Rangkaian penghantaran kami meliputi Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya.

Uchop berkata, dia pernah mengusahakan kendara saji, tetapi perniagaan berkenaan bermusim.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : BH  Online

Be the first to comment on "Uchop tak malu jual ikan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*