“Cover Duit Harian Buat Keluarga…” – Man Raja Lawak Tawar Pr0mosi Percuma Di Instagram

Pelawak Man Raja Lawak kini memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosikan perniagaan mereka secara percuma menerusi ruangan Instagram Story miliknya.

Menurut Man, dia sendiri akan membantu peniaga mempromosikan produk jualan mereka tanpa mengenakan sebarang bayaran.

“Assalam sahabat, kalau nak abang promote produk korang kat story boleh je, bagi iklan lengkap kat DM, free sahaja, sama-sama support ya.

“Kalau ini membantu korang dapat duit untuk cover belanja harian buat keluarga, abang sudi bantu,” tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kalau ini membantu kowang dpt duit tuk cover belanje harian buat fmily..abg sudi bantu..free jer..janji sme2 support

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Perkongsian itu mendapat perhatian dari ramai pengikut Man di ruangan komen.

Rata-rata mereka memuji usaha murni Man dan mendoakan agar pelawak kesayangan mereka itu dimurahkan rezeki.

Terdahulu, ekoran krisis c0v1d-19, Man telah menyumbangkan RM50,000 daripada wang kemenangannya dalam Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) untuk membantu golongan yang memerlvk4n.

Man juga dikhabarkan telah memberi sumbangan kepada pelakon Zarina Anjoulie untuk diagihkan kepada 40 keluarga yang kurang bernasib baik.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Cover Duit Harian Buat Keluarga…” – Man Raja Lawak Tawar Pr0mosi Percuma Di Instagram"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*