Tiada masa untuk cari pengganti. Tak sangka ini komen mengejut dari Hafreez bila bekas tunang dah jumpa pengganti.

Takkan nak doa benda tak baik?’ Ini Komen Hafreez Bila Bekas Tunang, Zara Zya Jumpa PengantiKUALA LUMPUR: “Kalau betul lelaki itu jodoh terbaik dan dia bahagia, mengapa saya hendak mendoakan perkara tidak elok?”  Itu reaksi Hafreez Adam, bekas tunang Zara Zya, apabila diminta mengulas pengakuan pelakon itu yang sudah menemui pengganti selepas ikatan mereka terlerai, akhir tahun lalu.

“Saya mendoakan yang terbaik buat dirinya,” kata Hafreez kepada BH Online. Kelmarin, melalui entri Instagram (IG), Zara mengaku sedang bahagia bersama insan istimewa. Namun, Zara enggan mended@hkan identiti jejaka yang dikenalinya sejak dua bulan itu. Hafreez berkata, dia tumpang gembira mendapat tahu Zara bahagia di samping jejaka seperti yang did@kwa dalam entri IG.

“Baru semalam saya membaca artikel mengenainya. Tiada apa yang saya harap melainkan yang terbaik untuk dirinya. “Kalau betul, lelaki itu adalah pengganti yang membuatkan dirinya bahagia, mengapa tidak. Perkara ini berkait dengan jodoh, tak adil sekiranya saya memberi komen tidak baik.

“Saya percaya Zara juga pasti mendoakan yang terbaik untuk saya sekiranya saya berjumpa teman lain,” katanya. Tambah Hafreez, dia dan Zara tidak bermusvh. Jadi, tiada sebab mengapa dia mahu meluahkan perasaan kurang senang apabila bekas tunangnya itu gembira dengan kehidupannya.

“Kami putus tunang dengan cara baik. Kami berbincang secara baik sebelum meleraikannya. Kami tidak bermvsuh, jadi mengapa saya mahu mendoakan benda tidak elok.“Jujurnya, ketika kami bersama, kami menyayangi antara satu sama lain. Tiada sebab mengapa saya perlu iri hati.

“Tapi sekarang kami membawa haluan sendiri. Jadi, kalau lelaki yang dia kenal sekarang sudah ‘tertulis’ untuknya, maka, dialah jodoh yang terbaik,” katanya. Bertanya mengenai dirinya, Hafreez tidak menolak andai jodoh tiba dalam tempoh terdekat. Bagaimanapun, buat masa sekarang, dia lebih sibuk dengan kerjaya seni.

“Saya tiada cuti kalau hendak berjumpa dengan pengganti. Sejak putus tunang, saya sibuk dengan penggambaran sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula. “Ada cuti pun sehari atau dua hari. Tapi saya sibuk menguruskan hal lain seperti restoran saya.

“Tidak mengapa, kalau ada jodoh saya, pasti tak ke mana,” katanya. Dalam perkembangan lain, Hafreez memberitahu, penggambaran drama 26 episod, Tunggu Dulu Cinta yang dibintanginya, ditangguhkan berikutan PKP. “Selepas dua minggu penggambaran, kami terpaksa berhenti. Tidak mengapa… Ini kerana dari akhir tahun lalu saya tidak bercuti. Saya ambil peluang ini untuk betul-betul berehat,” katanya.

Hafreez dan Zara berkenalan ketika berganding dalam drama Monalisa pada 2017. Mereka mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober tahun lalu dan sepatutnya mendirikan rumah tangga, Oktober depan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : BH

Be the first to comment on "Tiada masa untuk cari pengganti. Tak sangka ini komen mengejut dari Hafreez bila bekas tunang dah jumpa pengganti."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*