Rupanya nak beranak lagi patutlah susah nak lepaskan barang ank. Abby muat naik foto ank baru buat warganet teruja.

Pelakon Abby Abadi memberi bayangan yang dia sedang mengambil seorang anak angkat yang baru lahir untuk dijaga. Bayi yang tidak didedahkan jantinannya itu dibawa baik ke rumahnya sejak semalam. “Assalamualaikum. Morning. Salam Corona. Mama berpantang Day 1

“Patut macam payah je nak lepaskan barangan baby dalam rumah ni, rupanya nak beranak lagi hihi…Kan Abah (suaminya),” tulisnya. Abby berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video bayi tersebut yang berada di rumahnya. Pun begitu, Abby memberitahu suaminya, Faizal Zakaria meluahkan rasa bimbang jika mereka tidak dapat menanggung perbelanjaan membesarkan bayi tersebut.

“Abah risau tak tertanggung baby ni nanti, tanggungjawab besar kalau ambil lagi.. “Tapi sahabat-sahabat disini, kalau suatu masa nanti saya susah, boleh tolong jugakkan kumpul sorang rm10? hehee..,” katanya lagi. Abby juga memberitahu dia akan memberi nama lengkap bayi tersebut pada hari ketujuh kelahirannya nanti.

“Hari ketujuh nanti saya beritahu nama dia ya. Buat sementara ni kita panggil dia ‘Baby Lockdown’ dulu hihihi,” tambahnya. Abby dan Faizal yang mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 telah dikurniakan anak pra matang pada tahun lalu namun hanya hidup selama 70 hari.

Bagaimana pun pasangan itu mempunyai dua anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyan dan Maisara Dayana Fathia yang berusia setahun lebih. Menerusi perkahwinan terdahulu, Abby dianugerahkan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Rupanya nak beranak lagi patutlah susah nak lepaskan barang ank. Abby muat naik foto ank baru buat warganet teruja."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*