Setelah hampir sebulan Maya Matahari pergi akhirnya tunang tampil bongkarkan hasrat terakhir Maya yang tidak tercapai. Tak sangka dah tiga kali Maya minta tapi tunang tak tunaikan.

TUNANG kepada penyanyi Maya Matahari, Haziq Khairil melahirkan rasa terkilan apabila permintaan Maya untuk memakai cincin perkahwinan yang dibeli untuk majlis bahagia mereka tidak ditunaikan. Menurut Muhammad Haziq Khairil, dia tidak membenarkan Maya atau Myanaliza Ruslee, 44, memakai cincin berkenaan kerana mahu menanti hari yang sesuai.

“Dia pergi dengan mudah. Mya menghembuskan nafas terakhir semasa dalam perjalanan ke h0spital dan sempat melafazkan kalimah syahadah bersama-sama saya. “Namun saya sedikit terkilan kerana tak dapat penuhi permintaannya yang berhasrat untuk menyarung cincin pernikahan kami.

“Lebih tiga kali dia meminta, namun saya terpaksa tolak kerana belum tiba masa yang sesuai,” kata Haziq kepada mStar. Menurut Haziq mereka merancang untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri selepas sambutan Aidilfitri depan. Terdahulu, Maya selamat dimandikan dan di solatkan di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya pada pagi Khamis. Maya kemudian akan dibawa ke Kampung Setia Jaya, Machap, Johor untuk disemadikan.

Tak dapat tatap Maya

Pemergian penyanyi, Maya Matahari, 44, akibat s@kit sarcoma tahap empat tinggalkan kesedihan mendalam buat teman baiknya, Saida Tarudin. Bagaimanapun, kakak kepada penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu sayu tidak dapat memberikan penghormatan terakhir. Hasrat Saida memeluk erat Maya, namun terbatas dengan masalah kesihatan dilaluinya ketika ini.

“Saya amat sedih tak dapat menziarahi Maya ketika sedang s@kit. Saya baru sahaja keluar h0spital kerana masalah kesihatan. “Namun, kenangan bersama Maya akan tersemat dalam hati. Terlalu banyak kenangan kerana pernah merakamkan single duet berjudul Setia pada 2015.

“Saya manja dengannya. Maya banyak menyimpan cerita peribadi saya,” katanya kepada BH Online. Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin berkata, Maya tidak lupa mengajaknya menaiki kereta bersama sekiranya diundang mengadakan persembahan.

“Kami selalu pergi bersama jika ada undangan persembahan. Maya sangat menjaga apa yang perlu diambil dan dimakan, termasuk vitamin. Maya suka mencantikkan saya dan teman lain. “Maya suka melihat rakan-rakan melaram sakan. Apabila menghembuskan nafas terakhir, nasihatnya jadi pegangan dan penguat semangat.

“Dia suka menggembirakan orang lain. Jika duduk dengannya, kami asyik ketawa. Ada sahaja cerita yang akan diperkatakannya macam tak pernah habis,” katanya dengan sebak. Mengimbas detik perkenalan hingga jadi sahabat baik, Saida berkata, semuanya bermula pada 2009.

“Tak silap saya kami mula rapat pada 2009 apabila terbabit dengan sebuah persembahan di Putrajaya. Kami menyertai persatuan yang diterajui Datuk AC Mizal. “Kami tidak akan berenggang, ke mana sahaja bersama. Hubungan akrab seperti adik beradik. Jika kena marah, itu satu kebiasaan kerana Mara suka memberi nasihat dan mengomel.

“Maya juga seorang yang tidak lokek dan pemurah. Maya jenis tak berkira termasuk hal kudrat,” katanya. Saida berkata, bukan mudah menjadi artis, jadi banyak tunjuk ajar jadi panduan. “Saya banyak melihat spk terjang dan permainan dunia seni daripada Maya. Banyak suka duka kami kongsi bersama.

“Saya lihat Maya tak suka menyusahkan orang lain. Banyak pengalaman yang diperoleh ketika berkawan baik dengan Maya. “Jujurnya, tidak mudah menjadi rapat dengannya, jadi saya dikira bertuah. Jika s@kit sekali pun dia sanggup menguatkan semangat demi mencari rezeki,” katanya.

Penyanyi lagu Matahari, Maya menghembuskan n4fas ter4khir ketika dalam perjalanan ke sebuah h0spital swasta di Sungai Buloh, kira-kira jam 4 petang, semalam. Maya atau nama sebenarnya, Myanaliza Ruslee menghidap penyakit sarcoma tahap empat yang dideritai sejak beberapa tahun lalu. Beliau pergi menghadap illahi di sisi ibunya dalam ambulans, selepas sesk nafas dan dikjarkan ke h0spital.

Amyza Aznan Tampil Bongkarkan Benda Pelik Yang Jadi Masa Tatap Mya Ruslee Buat Kali Terakhir. Tak Sangka Rupanya Ini Yang Terjadi.

Semalam, industri hiburan dikejutkan dengan khabar berita yang menyedihkan yang mana penyanyi yang popular menerusi lagu Matahari, Maya atau juga dikenali sebagai Mya Ruslee telah pergi menghadap illahi di h0spital Sungai Buloh.

Mya atau nama sebenarnya, Myanaliza Ruslee, 44 telah menghembvskan nafas terakhir jam 4 petang semalam selepas sekian lama menghidap dengan s4kit yang sudah berada di tahap empat. Difahamkan menerusi perkongsian daripada rakan-rakan terdekat Mya, dia akan pada pagi ini di kampung halamannya di Machap,Johor.

Dalam pada itu, ramai selebriti turut terkejut serta terkesan dengan berita pemergian Mya termasuklah beberapa orang sahabat karibnya seperti Amyza Aznan, Nadia Mustafar, Ieda Moin, Didie Alias, Enot dan ramai lagi. Menerusi perkongsian Amyza dalam posting Instagram nya memberitahu dia berkesempatan untuk menatap Mya sahabat karibnya itu buat kali terakhir.

Lebih mengharukan, kongsi pelakon itu ketika menatap wajah Mya matanya kelihatan sedikit terbuka. Namun disaat dia membisikkan pada telinga Mya bahawa dia kini sudah datang, secara tiba-tiba mata Mya tertutup rapat seolah-olah terubat rindu mereka selama ini.

“Assalamualaikum, Kak Kaia berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Dia telah dibawa ke sini. Insyallah akan diselesaikan dan diuruskan esok pagi sebelum dibawa ke Machap, kampung Mya. Syukur Alhamdulillah, akhirnya Kak Kaia dapat juga ‘berjumpa’ dengan Mya. Masa tengok Mya memang mata dia terbuka separuh, tetapi Alhamdulillah selepas Kak Kaia bisik dekat telinga dia, Ayaa…Mija datang…

Dia tutup rapat mata dia selepas itu. Akhirnya dapat juga jumpa walaupun dia dah tiada. Tetapi tak apa dapat juga hilangkan rindu. Sama-sama sedekahkan Al- Fatihah buat Myanaliza Binti Ruslee. Assalamualaikum” Malah dalam komen posting Didie Alias, Amyza turut memberitahu bahawa dia

sudah hampir 13 tahun tidak berkesempatan menemui rakan baiknya itu dan hanya berhubung menerusi kiriman mesej sahaja selama ini. Balas Didie pula, dia mended@hkan bahawa selama ini Mya begitu merindui dan ingin bertemu dengan Amyza.

Bagaimanapun, pelakon dan pelawak itu bersyukur kerana mereka berkesempatan untuk melihat Mya buat kali terakhir selain meminta semua peminat untuk mendoakan buat roh Mya. Al-Fatihah (dibaca). Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Murai.my

Be the first to comment on "Setelah hampir sebulan Maya Matahari pergi akhirnya tunang tampil bongkarkan hasrat terakhir Maya yang tidak tercapai. Tak sangka dah tiga kali Maya minta tapi tunang tak tunaikan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*