Rindu nak dating. Mengejutkan pasangan bercinta ini nekad ingkar PKP semata mata nak dating bersama. Tak sangka sampai tipu polis

Malaysia sudah hampir selesai dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak COVID-19 di negara kita. Status sebenar berkenaan PKP ini pula akan diumumkan sebentar lagi. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia sepatutnya sudah semakin memahami dan memandang serius tentang perkara ini.

Namun, perkara ini telah dipandang remeh oleh sepasang kekasih apabila baru-baru ini mereka ditahan bersama rakannya oleh pihak polis selepas ingkar arahan PKP dan cuba menipu pihak berkuasa. Mereka dikatakan keluar bersiar-siar dengan menaiki sebuah kereta sebelum ditahan di salah satu sekatan jalan raya di Perlis. Menurut sumber, pasangan kekasih yang ditahan masing-masing berumur 26 dan 23 tahun dan ditemani oleh seorang remaja berusia 15 tahun.

Dahlah ingkar PKP, cuba menipu pulak

Difahamkan mereka telah memberi keterangan yang salah kepada pihak berkuasa dan mengaku sebagai adik-beradik. Namun, penipuan tersebut tidak berjaya selepas pihak polis meminta mereka untuk mengeluarkan kad pengenalan masing-masing.

Setelah itu, mereka masih lagi cuba untuk mengelirukan pihak polis dengan mend@kwa mereka adalah saudara tiri dan pasangan berkenaan merupakan suami dan isteri. Walau bagaimanapun mereka gagal menunjukkan sebarang bukti pernikahan. Setelah tidak tahan dengan soalan-soalan yang diajukan, serta merasakan pihak polis telah mengetahui perkara yang sebenar, mereka akhirnya membuat pengakuan.

Pihak polis telah mengenakan kompaun sebanyak RM 1,000 setiap seorang mengikut Peraturan 11(1) iaitu Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 2020 yang telah ditetapkan.

Tunggulah habis PKP dulu, kalau nak dating pun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Kasi VIral

Be the first to comment on "Rindu nak dating. Mengejutkan pasangan bercinta ini nekad ingkar PKP semata mata nak dating bersama. Tak sangka sampai tipu polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*