Frontliner yg berkorban digelar pencacai. Tak sangka akhirnya Dr Noor Hisham beri respon padu bila ada yang gelar Frontliner macam tu sekali

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) meminta semua pihak, khususnya mereka yang diwajibkan melalui proses kuarant1in dan uj1ian saringan Covi1d-19 agar memahami tugas yang perlu dilakukan petugas barisan hadapan (frontliners).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata apa yang dilakukan oleh petugas kes1ihatan adalah untuk melindungi individu terlibat, selain mengelakkan penularan virbs tersebut kepada orang lain. “Kami berada di sana, kami kena engaged dengan mereka, dan mengapa kami kena buat ujian… (adalah) untuk meli1ndungi mereka.

“Bukannya kami cuba nak melakukan sesuatu yang menentang kemahuan mereka tapi secara dasarnya kami mahu melindungi mereka, kenal pasti mereka, kesan mereka, uji, asingkan dan rawat mereka. “Kami perlu enganged dengan pes@kit dan terangkan isu serta cabaran supaya mereka memahami kenapa kami kena buat ujian iaitu untuk melindungi mereka, jadi mereka tak jangki1ti orang yang mereka sayang,” katanya dalam sidang media harian Covi1d-19 pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakan segelintir individu yang bersikap kurang sopan terhadap petugas kesihatan ketika proses mengambil sampel dilakukan. Dalam pada itu tambah Dr Noor Hisham, dalam situasi ini, penglibatan serta kerjasama kedua-dua pihak antara petugas dan pesak1it adalah penting.

“Kami perlu tangani jangkaan pes@kit, dan jika kami berupaya tangani jangkaan mereka, mereka akan gembira kerana kita dapat berikan yang lebih baik. “Anda boleh lihat di media sosial ada pes@kit yang discaj dan mereka kongsi pengalaman. Kita belajar dari mereka untuk kita pertingkatkan lagi, ia melibatkan dua hala.

“Dan satu lagi mesej kepada orang awam di luar sana. Kami pergi kepada anda, kerana kami ambil berat tentang anda,”ulas Dr Noor Hisahm lagi. Baru-baru ini tular di media sosial mengenai luahan frontliners yang kecewa dengan sikap kurang sopan segelintir pesak1it,

khususnya mereka yang baru pulang dari luar negara atau disebut sebagai kluster ‘oversea’. Golongan ini did@kwa bukan sahaja mempunyai banyak karenah, malah turut mengeluarkan kata-kata k3sat kepada petugas kesihatan.

“Mereka panggil staf kami anj1ing, pencacai1 naji1s” – Doktor ded@h sikap grup ‘turun dari kayangan’, ada petugas terpaksa berundur mengal4h

MACAM-macam kerenah dan perangai1! Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh kebanyakan petugas barisan hadapan atau frontliner terhadap kes-kes berkaitan Covi1d-19. Namun, frontliner juga manusia biasa mempunyai hati dan perasaan apabila diberi layanan terbk sehingga dilemparkan kata-kata k3sat dan cac1ian.

Seorang doktor turut berkongsi pengalamannya menjadi petugas mengambil sampel untuk Covi1d-19 tanpa mengira siapa dan latar belakang individu berkenaan. “Manusia tak kira apa warna kulitnya, datang dengan dua lubang hidung, satu mulut untuk kami ambil (ujian) swabnya. Tak kiralah siapa dia.

“Pengarah jabatan ke, jemaah tabligh ke, doktor ke, pelajar ke, semuanya sama. Lubang hidungnya sama, rongga mulutnya sama. “Tapi yang jadi buat ralat ialah kami menyaksikan ada manusia yang sangat somb0ng,” ujar Dr Sakinah Sulong menerusi perkongsiannya di halaman Facebook.

Mengimbas kembali ketika mengambil sampel jemaah tabligh, beliau menyifatkan rata-ratanya begitu mudah untuk memberi kerjasama. Malahan katanya, golongan itu yang sebelum ini dikritik gara-gara perhimpunan besar-besaran di Masjid Seri Petaling jarang sekali bermasalah ketika pemeriksaan.

“Mereka datang datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. Jarang yang buat masalah, jarang yang nak bergaduh dengan petugas. “Tapi bila ada golongan yang baru turun dari kayangan ni (yang baru pulang dari luar negara) macam-macam kerenah terpaksa dihadapi,” katanya.

Tambahnya, segelintir individu yang baru pulang dari luar negara itu bukan sahaja enggan dikuarantin, malah naik angin terhadap frontliner yang menjalankan tugas. “Mereka panggil staf kami dog (anjing), panggil pencacai najis. Memang sangat kurang aj4r!

“Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penvlaran Covi1d-19. Bukan kami minta dihampar dengan karpet merah, tapi kami dih1na hanya kerana melakukan tugas. Sangat menyedi1hkan,” katanya. Lebih menyedi1hkan apabila terdapat petugas yang terpaksa berundur mengalah sehingga tidak mampu bersuara bagi mengelakkan timbul kekasaran akibat dimak1i.

“Saya fikir, kalau begini kelakuan orang yang dikuarantin, amat bagus sekiranya laporan polis dibuat atau MKN (Majlis Keselamatan Negara) mengeluarkan arahan kepada pihak yang dikuarantin, sekiranya tak nak bagi kerjasama, disvmbat l0kap sementara!” tegasnya dengan nada k3sal.

Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covi1d-19. Bukan kami minta dihampar dengan karpet merah, tapi kami dih1na hanya kerana melakukan tugas. Sangat menyedihkan. Menurut Dr Sakinah, sebagai petugas kesihatan, mereka hanya bertindak mengikut arahan bagi membuat ujian saringan Cov1d-19.

“Kami petugas kesihatan hanya bertindak mengikut arahan, buat saringan simptom dan vital sign, buat pensampelan serta buat rujukan ke h0spital seandainya perlu. “Hanya untuk memastikan rakyat Malaysia yang baru sampai dari luar negara ini selamat dan tidak menyebarkan pada orang lain,” katanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan semua frontliner perlu bekerja keras melakukan tanggungjawab masing-masing demi masyarakat dan rakyat. “Memang kami kena kerja kuat sekarang. Pihak atasan dok fikir mana nak tempatkan mereka, staf bawahan yang bertugas siang dan malam nak buat saringan. Bukan suka-suka.

“Tapi, nampaknya ada orang turun kayangan ini, sombongnya bukan main, bagai dipijak-pijak marvah kami, petugas kes1ihatan! Memang tak bersyukur!” katanya sambil berkongsi tentang seorang jemaah tabligh yang menyumbangkan makanan kepada mereka selepas membuat ujian swab, berbanding memak1i petugas kesihatan.

“Sebak tengok dia” -Frontliners Menangis Masa ‘Live’ Berita Merayu Minta Orang Ramai Duduk Rumah & Patuh PKP

Baru-baru ni, ketika program AWANI 7:45, Noor Hamiza Gulam, seorang juruteknologi di makmal perbbatan telah meminta orang ramai untuk duduk di rumah. Namun, apa yang sebaknya, bila Noor Hamiza ceritakan macam mana dorang perlu berjauhan dengan ahli keluarga kerana wab4k ini, dia sempat menitiskan air mata.

Kami berk0rban jiwa dan masa untuk keluarga kami demi anda semua. Jadi anda semua tolonglah kami. Kita jaga kita, duduk di rumah dan kita law4n Covi1d-19.” Bukan tu je, Noor Hamiza turut berkata dia terpaksa hantar anak-anaknya ke kampung sepanjang dia bertugas sebagai frontliners. Kerana ini dia mintak sangat orang lain untuk patuh arahan supaya dia dapat jumpa keluarganya semula seperti biasa. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Astro awani

Be the first to comment on "Frontliner yg berkorban digelar pencacai. Tak sangka akhirnya Dr Noor Hisham beri respon padu bila ada yang gelar Frontliner macam tu sekali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*