Tak sangka askar ini nekad tahan makcik kurang upaya dan berikan sesuatu yang mengejutkan. Apa yang makcik ini bongkarkan buat semua tergamam

Siapa yang tidak sedih apabila mendapati bahawa ada insan yang sedang dalam kesusahan ketika PKP ini. Lebih-lebih lagi melibatkan warga emas yang kelainan upaya (OKU). Dalam perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Khairul Zulkefli, dia telah memuat naik satu perkongsian berkenaan sikap mulia anggota tentera yang bertugas apabila membantu seorang makcik.

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mula disalurkan kepada orang ramai sejak isnin lalu selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac sehingga 14 April 2020. Bagi yang layak, duit bantuan telah diagihkan mengikut bank masing-masing.

Video tersebut meraih simpati warganet kerana dia hanya pergi berseorangan tanpa sebarang teman dalam keadaan berkerusi roda. Mak cik ni OKU, dia nak pergi pasaraya NSK, tapi takda mask. So kami bagi mask dan glove pada makcik ni. Dia sorang-sorang je pergi beli barang, takda siapa yang bantu dia. Beli barang pun lepas dapat bayaran BPN. Semoga dipermudahkan segala urusan mak cik ini.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan seorang anggota askar yang berada di tempat kejadian memberi topeng muka dan sarung tangan getah kepada warga emas tersebut. Hal ini sebagai langkah berjaga-jaga agar warga emas tersebut tidak dijangkiti sebarang virus.

Menerusi perbualan bersama warga emas tersebut, dia mengatakan bahawa dia duduk di kawasan Kampung Laksamana. Dia turut memberitahu bahawa dia tinggal berseorangan tanpa anak mahupun sanak saudara. Tambahnya lagi, dia sudah biasa pergi membeli barang keperluan seorang diri.

Sehubungan dengan perkongsian yang begitu menyentuh hati, warganet telah tampil tingglkan komen diruangan Facebook sumber. Rata-rata daripada mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota tentera tersebut. Mereka juga menzahirkan rasa sebak apabila melihat wanita tua yang juga kelainan upaya terpaksa berdikari untuk mencari keperluan harian dalam kondisi seperti itu. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber: Khairul Zulkefli via OH BULAN

Be the first to comment on "Tak sangka askar ini nekad tahan makcik kurang upaya dan berikan sesuatu yang mengejutkan. Apa yang makcik ini bongkarkan buat semua tergamam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*