52km kain untuk frontliner. Tak sangka ank yatim nekad korbankan waktu rehat dan tidur gara gara 7k PPE sehari untuk Hosp Sg Buloh

1su kekurangan kelengkapan perlindungan diri (PPE) dalam kalangan petugas h0spital mendapat perhatian banyak pihak di negara ini. Selain pereka fesyen terkenal, Datuk Radzuan Radziwill, penghuni Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) di Kajang, Selangor turut menjadi bualan ramai atas inisiatif murni mereka dalam menyediakan kelengkapan itu.

Menurut Pengasas Bersama RPWP, Saiful Nang, dia berterima kasih atas perhatian rakyat negara ini yang memandang kerja tangan yang dihasilkan oleh anak-anak yatim dan asnaf tersebut. “Minggu lalu, selepas 17,000 face shield dah dihasilkan dan diedar. Kali ni, 52 kilometer (km) panjangnya fabrik akan dijahit malam dan siang dalam memenuhi ruang masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di rumah anak yatim dan asnaf RPWP,” ujarnya di Facebook pada Selasa.

Bercerita panjang dalam nukilannya, dia mengakui mereka semua mengorbankan rehat dan tidur demi memenuhi keperluan petugas barisan hadapan. Tambahnya, kepenatan itu tidak dapat dibandingkan dengan dedikasi yang ditunjukkan pasukan perub4tan dalam merawat C0v1d-19 di negara ini.

Saiful Nang merupakan pengasa bersama RPWP. “Kami cuma terpaksa korbankan rehat dan tidur sahaja, tapi frontliner kita k0rbankan hidup dan nyawa mereka. Memang penat, tapi sikit sahaja nak dibanding dengan frontliner yang ada terpaksa sarung plastik sampah untuk PPE… kami sedih,” ujarnya lagi.

Jelas Saiful Nang, kumpulan itu pada Isnin menerima kain fabrik non-woven yang panjangnya 52km untuk dihasilkan sebagai PPE. Ujarnya, senarai penerima PPE juga sudah penuh dalam tempoh kurang sehari biarpun kain-kain itu masih belum selesai dipotong lagi.

Kata Saiful Nang, kepenatan mereka tidak dapat dibandingkan dengan dedikasi pasukan perub4tan merawat pes4kitC0v1d-19 di negara ini. “Tapi tak sampai sehari dan belum habis kain dipotong, senarai penerima pula dah penuh dan Johor, Perak, Sabah, Sarawak semua masih banyak yang meminta lagi.

“Sungai Buloh sahaja perlu sehingga 7,000 set PPE sehari. Anak-anak sedih juga, ingatkan 22,000 set isolation gown dan tudung itu cukup, rupanya masih jauh dari mencukupi. “Bagaimana kita nak biarkan perwira kita bertempur tanpa pakaian yang lengkap?” soalnya lagi.

Penghuni RPWP tidak menang tangan menyediakan PPE untuk frontliners di negara ini. Dia turut meminta orang ramai memberi sokongan buat Projek Pelangi PPE menerusi sumbangan ke www.projekpelangi.com untuk sumbangan bagi menyediakan kelengkapan pakaian para frontliners.

“Mari kita sokong projek ini dari rumah kita sendiri, dengan apa yang kita ada. Banyak beri banyak, sikit beri sedikit. Tapi, kita sama-sama rasa, memberi untuk negara,” katanya. Saiful Nang turut berkongsi video berdurasi 2 minit 55 saat di Facebook yang memaparkan usaha gigih warga RPWP dalam menyediakan PPE.

VIDEO:

"Kita Cuma Korban Tidur, Frontliner Korban HIDUP mereka" – Anak Yatim RPWP

Terima kasih netizen yang mula memberi perhatian kepada inisiatif tangan kecil anak-anak yatim dan asnaf membantu barisan depan negara. Minggu lalu, selepas 17,000 face shield dah dihasilkan dan diedar. Kali ni, 52km panjangnya fabrik akan dijahit malam dan siang dalam memenuhi ruang masa PKP di rumah anak yatim dan asnaf RPWP..Ada wartawan tanya; .“Tak penat ke semua? Kerja berterusan, tidur pun sekejap?”.Anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) ini dengan senyum di sebalik lelah mereka itu seraya menjawab .“Kitorang cuma terpaksa korbankan rehat dan tidur sahaja bang, tapi frontliner kita korbankan hidup dan nyawa mereka. Memang penat, tapi sikit sahaja nak dibanding dengan frontliner yang ada terpaksa sarung plastik sampah untuk PPE…kami sedih”. .Keperluan semakin banyak, kelmarin dah sampai 52km panjang kain fabrik non-woven untuk dijahit jadi PPE, tapi tak sampai sehari dan belum habis kain dipotong, senarai penerima pula dah penuh dan Johor, Perak, Sabah, Sarawak semua masih banyak yang meminta lagi. Sungai Buloh sahaja perlu sehingga 7000 set PPE sehari. Anak-anak sedih juga, ingatkan 22,000 set isolation gown dan tudung itu cukup, rupanya masih jauh dari mencukupi.."BAGAIMANA KITA BIARKAN PERWIRA KITA BERTEMPUR TANPA PAKAIAN PERANG?".Bila periksa balik counter di projekpelangi.com jumlahnya masih tak banyak berganjak. Masih jauh dari kecukupan tapi ada banyak tempat pula yg memerlukan..Minta maaf kerana tabung Projek Pelangi ialah tabung adhoc utk keperluan frontliner kita. Tidak sempat untuk mendapatkan pengecualian cukai, maka penyumbang besar yang jerung dan paus kebanyakan tarik diri dari menyumbang. .NAMUN, BUKAN JERUNG SEMATA YANG BOLEH BUAT PERUBAHAN, TETAPI IKAN BILIS DAN SELUANG JUGA BOLEH LAKUKAN PERUBAHAN JIKA KITA LAKUKAN BERSAMA. SEDIKIT TETAPI RAMAI ITU YANG MAMPU MEMBANTU MALAYSIA. .Belum cukup lagi, belanja dah dikeluarkan dan keperluan semakin bertambah hari demi hari kerana apabila export PPE dari China mula disekat oleh China, maka hari ini Malaysia perlu berdiri sendiri dengan apa yang kita ada..Mohon share inisiatif ini. Anak-anak RPWP masih memerlukan sumbangan ke projekpelangi.com bukan untuk mereka tetapi untuk PAKAIAN PERANG FRONTLINER KITA..Mari kita sokong projek ini dari rumah kita sendiri, dengan apa yang kita ada. Banyak beri banyak, sikit beri sedikit. Tapi, kita sama-sama rasa, memberi untuk negara. .Boleh buat sumbangan di pautan ini https://projekpelangi.com/kempen/bantuan-ppe-covid-19/. ATAU.BANK RAKYAT11-080-100156-8PERTUBUHAN KEBAJIKAN RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN(2012).Terima kasih MALAYSIA!!

Posted by Saiful Nang on Monday, April 6, 2020

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga Di Facebook. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:

Be the first to comment on "52km kain untuk frontliner. Tak sangka ank yatim nekad korbankan waktu rehat dan tidur gara gara 7k PPE sehari untuk Hosp Sg Buloh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*