Jangan salahkan China. Tak sangka ini respon padu Tun M supaya rakyat berkorban untuk ubah cara hidup. Jadikan China sebagai panduan

PETALING JAYA – Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat mengubah cara hidup dan membuat pengoorbanan dengan tidak lagi mengharapkan imbuhan pada nilai sama kerana penularan Covid-19 akan membawa impak kepada ekonomi negara.

Bekas perdana menteri itu memberi contoh pemain bola sepak yang menurutnya tidak boleh berharap dibayar gaji sama seperti sebelum Covid-19 melanda negara. Ini kerana, katanya, mereka tidak lagi bermain bola ketika perintah kawalan pergerakan.

Mahathir berkata, pandemik itu bukan saja menjejaskan perniagaan di negara ini, tetapi turut memberi impak kepada pekerja. Beliau tidak menolak kemungkinan segelintir pekerja akan kehilangan kerja. “Salah satu perkara yang kita perlu terima hakikat, jika perniagaan tidak berjalan dengan baik, maka anda tidak lagi boleh mengharapkan dibayar dengan nilai yang sama lagi. Kita semua akan memperoleh pendapatan yang rendah.

“Disebabkan itu kita kena ubah cara hidup, kita tidak lagi boleh berharap untuk mengamalkan gaya hidup seperti dahulu lagi, yang sebelum ini memerlukan wang. Apabila kurangkan aktiviti yang memerlukan wang, keperluan tanggungan anda akan semakin berkurangan.

“Bahkan, anda boleh meneruskan kelangsungan hidup dengan nilai gaji lebih rendah. Ini bermakna anda bukan sahaja boleh meneruskan kehidupan, tetapi majikan juga tidak tertekan untuk perlu membayar gaji anda dengan kadar yang sama lagi.” Beliau menasihatkan rakyat yang terjejas akibat Covid-19 supaya tidak putus harapan.

Ini kerana katanya, akan wujud peluang pekerjaan baru yang boleh dijadikan sumber pendapatan buat pekerja terjejas. “Ada pekerjaan yang dihentikan seketika pada masa ini kerana tidak ada permintaan dan majikan tidak boleh menggaji lebih ramai pekerja kerana pada masa ini mereka tidak membuat sebarang keuntungan, contohnya syarikat penerbangan.

“Bagi mereka yang terjejas, bidang lain yang harus dilihat dan diceburi adalah bidang ‘delivery’ (penghantaran).” Katanya, mereka yang memiliki kemahiran tertentu tidak perlu bimbang akan terjejas akibat Covid-19 kerana masih boleh berbuat demikian, tetapi di lokasi berbeza.

“Jika anda sebelum ini merupakan tukang masak di hotel, kali ini anda masih boleh lakukan perkara sama, tetapi di rumah,” ujarnya. Mahathir turut meminta rakyat tidak menuding jari kepada Ch1na yang merupakan negara pertama terkesan dengan virus itu.

“Sekarang ini ada yang hendak salahkan Ch1na, tetapi bila kita tahu Ch1na lebih berjaya tangani masalah ini berbanding negara-negara lain, apa yang lebih baik dilakukan adalah kita belajar dari Ch1na macam mana hendak hadapi masalah ini. “Tidak mendatangkan apa-apa keuntungan pada kita jika kita terus menyalahkan orang lain. Lebih baik kita kenal pasti apa yang menyerang kita dan berusaha mencari jalan untuk atasinya,” katanya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Kasi viral

Be the first to comment on "Jangan salahkan China. Tak sangka ini respon padu Tun M supaya rakyat berkorban untuk ubah cara hidup. Jadikan China sebagai panduan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*