Nonny Nadhirah tampil buka mulut luah kisah peribadi yang ramai tak tahu. Tak sangka rupanya ini yang terjadi pada Nonny lepas berpisah dengan bekas suami.

Dalam satu entri di Instagramnya, penyanyi dan pelakon yang lahir daripada program realiti Akademi Fantasia berkongsi satu video dan cerita di sebaliknya. Menurut Nonny, video tersebut adalah ketika dia membuat persembahan pada sebelah pagi, sehari selepas dia dilepaskan.

“Aku masih ingat time nie dgn x tido langsung, layan nangis pastu pagi2 dah kena perform. Penat sangat. Semua org xtau apa yg dah jadi ngn life aku masa tu. Aku cuma bgtau, aku rindu mak aku. Aku simpan sorang. Orang pelik kenapa aku jadi mcm tu, aku cover sehabis baik.

Tapi bila kita ada internal problem yg sgt besar dan melibatkan muka kita on screen tambah pula kena hadap sorang2 kat kehel nie. Allahu.. mmg x boleh coverlah! Pagi kena perform, petang semalam baru kena lafaz! Korang rasa? Aku simpan lama. Aku pendam semua benda.

Sbb kes aku complicated sikit. Tujuan aku share video nie utk kaum2 hawa diluar sana yg dikasari & tertindas. Ramai yg DM minta advice dari aku, yg pisah xde anak yg pisah ada anak problem dgn nafkah dan dgn masalah2 yg lain, semua rata2 bertanya mcm mana aku boleh jadi kuat.

Gais aku x layak nak bg korg advice sbb aku pun failed!! Aku pun sama je mcm korg, aku x kuat. Tapi apa yg aku boleh share jika berlakunya lafaz di luar mahkamah jgnlah ditangguh, kena cepat2 rujuk di pejabat agama 0 yg berdekatan. Kalau pasangan x membantu, pergi! buat sendiri.

Pasal nafkah, byk yg korg boleh tuntut lagi2 melibatkan anak! Nanti sy share dekat next entri okay. Itu info hasil dari bual bicara dekat Al-hijrah yg sy pernah join sblm nie. xtau nak bercerita dgn siapa plus korang malu bincanglah dulu dgn keluarga yg paling afdal dgn kedua ibubapa kita dan yg paling penting kalau nak share dgn kawan, carilah sahabat yg betul2 kita boleh percaya dan yg byk mengajak kita ke jalan Allah.

Jangan buat keputusan terburu2. Jgn jadi mcm sy. Sblm nie, sy terlampau ikutkan perasaan mcm org xde iman. Alhamdulillah Allah masih syg sy. Dia hantar hamba Dia utk monitor sy dan alhamdulillah sy terpelihara sampai skrg. Hasil berkat dari doa dan pertolongan mereka semua.

“Jika kamu mempunyai sahabat yang menolong kamu dalam taat kepada Allah, maka genggam dia, jangan lepaskan. Kerana mendapatkan sahabat yang balk adalah perkara yang sukar, sedangkan melepaskannya adalah perkara yang mudah” (Imam Shafi ‘ i) Bila mana kita betul2 buntu tak ada jalan penyelesaian jgn malu utk bercerita dgn Allah.

Allah maha mendengar maha mengasihani. Tak reti solat, yg penting niat. X reti doa mula dgn al-fatihah. Allah maha mengetahui. Segala persoalan, segala kemusykilan akan terungkai satu persatu dgn izin Allah. Tak perlu dicari tak perlu dikejar.

Jika mmg kesalahan itu dtgnya dari diri sendiri, kamu pasti akan rasa penyesalan tersebut. Jika kesalahan itu dtgnya dari pasangan kamu, Allah pasti akan tunjukkan. Allah maha adil. Sentiasa bersangka balk dgn Allah. Korg nak selesai masalah dgn cara x betul,maka ianya jadi x betul.

Tapi jika kamu pilih ke jalan Allah.. Allahuakhbar.. kamu sendiri akan merasa kemanisan didalamnya.  Orang yg tenang selalu menang. Orang yg sabar ganjarannya Syurga Allah. “Don’t simply judge! Apa yang saya belajar tentang Islam adalah Islam itu indah & mudah.

Tapi bukan bermakna kita boleh ambil mudah. “Cantik tak saya freehair? Saya boleh pilih untuk sentiasa kelihatan cantik di mata manusia, encolok mata, jadi macam penyanyi kpop, makeup 24 jam, ya saya pernah berada di situ,” tulis Nonny.

Tambah Nonny, apa yang dimiliki adalah milik Allah, lalu kenapa kita perlu igkar perintahnya. Ada sebab kenapa Allah perintahkan supaya menutup aurat. “Dikira saya pilih jalan untuk kembali ke fitrah masa nama meningkat naik, tapi saya tak pernah menyesal.

“Sebab saya takut dengan Allah. Cantik macam mana pun ini semua mainan dunia, makin hari kita makin tua. Entah sempat atau tidak untuk bertaubat. “Sekarang saya dah jadi mokcik2 tapi saya gembira! Inilah ketenangan yang saya cari selama nie. Hidayah itu mahal. Paksa & latih diri untuk berubah ke arah yg lebih baik, tulis Nonny panjang lebar.

Tambah Nonny lagi, dia masih berada di fasanya tersendiri dan hanya Allah Maha Mengetahui. “Lepas balik dari umrah saya diuji dengan terbolak-baliknya hati ini. Sebab tu kita dipesan jangan tinggal solat dan hari demi hari saya bagi masa kepada diri saya untuk memperbaiki diri, bukan disebabkan makhluk tapi kerana Lillahi Ta’ala.

“Janganlah dikeji atau dikrittik selepas ini jika masih ada kekurangan dari diri saya. Kita semua manusia biasa. Tidak lari dari melakukan kesilapan,” tulis Nonny. Menurut Nonny, tidak menjadi masalah untuk menegurnya tapi biarlah dengan cara dan adab yang betul.

“Perlahan-lahan, tapi pasti, dengan izin Allah saya akan ke arah lebih baik. “Jangan hanya suruh saya, tapi tunjukkan pada saya. Anda lebih baik daripada saya,” tulis Nonny. Nonny pernah berkahwin pada Mac 2018 bersama seorang penerbit di sebuah stesen televisyen, namun perkahwinannya itu bertahan tidak sampai setahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Nonny Nadhirah tampil buka mulut luah kisah peribadi yang ramai tak tahu. Tak sangka rupanya ini yang terjadi pada Nonny lepas berpisah dengan bekas suami."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*