Mengejutkan tak sangka lepas 24 jam ini keputusan ujian Covid 19 Ustazah Shadiya. Akhirnya suami tampil mohon maaf sebab tak benarkan ramai hadir untuk usruskan isterinya.

“ALHAMDULILLAH, isteri saya negatif Covid-19,” demikian kata Mohd Khairul Azman Md Daud, suami kepada pend@kwah terkenal, Shadiya Abbas. Mengesahkan perkara itu menerusi satu posting di Facebook pada Isnin, Mohd Khairul berkata keputusan berkenaan dimaklumkan selepas pihak h0spital melakukan dua kali ujian terhadap isterinya.

Menurut Mohd Khairul,  isterinya akan dibawa pulang ke Masjid Puncak Alam, Selangor untuk urusan prsemadian yang hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat. “Insya-Allah beliau akan dibawa balik ke Masjid Puncak Alam untuk dimandikan, diuruskan dan disolatkan selepas solat Zohor. Ditempatkan di Tanah prsemdian Felda Bukit Cherakah Puncak Alam.

“Maaf jika saya katakan tuan/puan tak perlu hadir. Hanya doa yang kami pinta agar ustazah diampunkan segala dosanya dan ditempatkan bersama para solihin. “Pihak polis hanya membenarkan keluarga terdekat saja untuk uruskan beliau. Digalakkan buat solat ghaib. Ampun maaf,” tulisnya lagi.

Shadiya, 40, pergi menghadap illahi pada jam 5.05 pagi Ahad di h0spital Sungai Buloh akibat sesak nafas. Terdahulu pada Ahad, Mohd Khairul berkata isterinya masih belum boleh dibawa pulang kerana pihak h0spital perlu membuat ujian pengesanan wabak Covid-19.

Pada Februari tahun lalu menemubual ustazah berhubung pengalamannya yang ditimpa kecelakaan jalan raya, susulan posting di Facebook beliau bertajuk “Tuhan, Tolong Tutup Auratku” menjadi tular dan menarik perhatian netizen.

Perkongsiannya pada posting tersebut menceritakan betapa beliau bersyukur Allah memakbulkan permintaannya yang bimbang soal aurat yang terded@h, sungguh pun ketika itu dalam kes@kitan akibat kecederaan yang dialaminya.

Posting berkenaan meraih lebih 6,000 tanda suka dan dikongsi lebih 3,000 kali. Dalam pada itu, anak sulung pasangan berkenaan, Ahmad Al Fateh turut menulis coretan di Facebook meluahkan rasa sedih atas pemergian ibunya.

“Mama, tahun lepas raya 2019 tapi raya tahun ni (2020) dah tak ada peluang untuk mama suapkan saya. Mama masak sedap-sedap. “Mama la mama yang paling terbaik. Tak sempat saya nak peluk mama, salam mama, cium pipi mama. Ya Allah… 5/4/2020 mama dah tinggalkan family kita,” tulisnya.

Remaja berusia 16 tahun itu juga berkongsi betapa ibunya sentiasa sentiasa mendoakannya agar menjadi seorang penghafaz Al-Quran. “Terima kasih mama sebab jadi mama saya. Mama dah buat macam-macam yang saya nak. Saya doakan mama agar mama diampunkan dosa, dan saya doakan agar dimasukkan ke syurga firdaus. Assalamualaikum mama. Insya-Allah kita akan bertemu di syurga. Tunggu saya tau ma?,” tulisnya pada posting berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : imStar

Be the first to comment on "Mengejutkan tak sangka lepas 24 jam ini keputusan ujian Covid 19 Ustazah Shadiya. Akhirnya suami tampil mohon maaf sebab tak benarkan ramai hadir untuk usruskan isterinya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*