Tiada rezeki nak belanja lebih sebab kad kredit dah tolak. Terkejut tiba tiba dapat dm dari Fazura. Tak sangka rupanya ini yang Faz buat pada Zarina.

Nama pelakon Zarina Anjoulie yang menegur sikap sesetengah artis yang mengamalkan gaya hidup mewah dan suka menunjuk-nunjuk namun tetap merayu bantuan kerajaan, kini seakan menjadi idola kepada warganet. Ini kerana Zarina Anjoulie atau lebih mesra dipanggil Anju tampil bersuara tepat pada masanya ketika keadaan tengah ‘panas’, ketika warganet sedang mengkritik artis-artis yang bersuara tentang ‘bantuan khusus’.

Malah dilaporkan pihak SENIMAN telah membuat laporan polis terhadap Zarina kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasvtan. Tidak berdiam diri, Zarina telah mempertahankan dirinya bukan punca kepada warganet mengkritik artis terlibat dan tidak memetik nama sesiapa dalam video tersebut.

Dalam masa sama, meskipun ramai pihak yang cuba menjatuhkannya, Zarina tetap juga meneruskan kehidupannya seperti biasa. Terkesan dengan masalah kewangan beberapa pihak yang berlaku ketika tempoh PKP ini, Zarina dilihat telah menjalankan beberapa misi bantuannya sendiri.

Kad Kredit ‘Decli1ne’, Datang bantuan tak disangka2

“Tadi Anju dan Yaz dah belanja sampai kad (kredit) dah decline. Kita ingat cukuplah untuk hari ini, tk ada rezeki nak belanja lebih. “Tapi tiba-tiba ada sorang kakak artis ni DM nak contribute. Ya Allah, dia punya amount yang dia transfer kat Anju, terkejut Anju! Tau siapa tak? Kak Fazura kita,” terang Anju.

Anju juga ingin berterima kasih kepada Abang Burger Oraits yang turut menghulurkan wang untuk membeli barangan keperluan. “Ini semua duit Kak Fazura dan Abang burger tadi. Beras, susu, pampers, ni semua ni sumbangan Kak Fazura dan abang burger.

“Anju nak cakap thank you so much pada Kak Fazura dan Abang Oraits Burger kerana bagi sumbangan,” cerita Anju dalam video tersebut. Pada masa yang sama, Anju juga meminta supaya orang ramai tidak datang ke rumahnya kerana dia ingin utamakan barangan tersebut untuk orang yang benar-benar memerlukan.

Budak form 3 nak duduk serumah

Malah paling mengejutkan, seorang remaja lelaku mengaku berusia 15 tahun telah menghantar mesej mahu tinggal di rumah Zarina. ” Hai Zarina, saya Rusyaidi form 3. Boleh tak sementara ini sayan nak duduk dengan awak sebab saya tak ada tempat tinggal.

” Saya akan dengar cakap awak Zarina, tolong saya”, tulis individu terbabit. Zarina yang berkongsi perkara itu di IG beliau menulis di kapsyen “Anak siapa la ni ya Allah sampai nak tinggal dengan aku” Bagaimanapun dalam keratan gambar berasingan perbualan mesej itu, Zarina mended@hkan individu tersebut sebenarnya cuma mahu mengambil kesempatan kerana menghantar ayat yang tidak sopan.

” Akak Zarina belanja Iphone 11 pon jadi lah. Boleh tak akak Zarina yang cantik”, tulis individu itu lagi. Rata-rata warganet menulis di ruangan komen meminta Zarina tidak melayan individu terbabit kerana mahu meminta benda bukan-bukan.

Malah ada tergelak kerana menganggap itu sekadar benda lucu. ” Hahhhahahahah sabo je lah.. ada jugak mcm ni eh siap nak minta belanja iphone 11″ tulis Anep. Semalam, pelakon utama drama Girlfriend Aku Dari Neraka, Sharifah Sakinah telah pun memohon maaf kepada Zarina Anjoulie berhubung salah faham diatara mereka sebelum ini.

Be the first to comment on "Tiada rezeki nak belanja lebih sebab kad kredit dah tolak. Terkejut tiba tiba dapat dm dari Fazura. Tak sangka rupanya ini yang Faz buat pada Zarina."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*