Tak lulus permohonan Bpn. Akhirnya Amar Baharin tampil buka mulut luahkan sesuatu buat warganet terkedu. Tak sangka ini yang dia lakukan selepas dapat tahu permohonan tidak lulus.

Pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan tertumpu kepada golongan B40 berikutan kesusahan yang dialami khususnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak 18 Mac lepas.

Bercakap kepada Bernama di Putrajaya, Sabtu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran itu akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Isnin ini (6 April) sehingga 15 April yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang.

“Golongan B40 akan terlebih dahulu menerima bantuan ini dan seterusnya golongan M40,” katanya. Semalam, pelakon Amar Baharin berkongsi keputusan semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang dimohonnya tidak berjaya berikutan pendapatan isi dalam rumah melebihi kelayakan.

Menyedari dirinya berkemampuan, Amar, 35, memilih untuk berkongsi rezekinya dengan menyalurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan (frontliners). Menurut suami kepada pelakon Amyra Rosli ini, dia berharap sumbangannya itu dapat meringankan beban fronliners yang sanggup berkorban dan berjuang demi memerangi wabak kej4m ini.

Amar berkongsi keputusan semakan BPN di Instagramnya.

“Dah check dah. Tak lulus pun. Sebab pendapatan pemohon atau pasangan melebihi kelayakan. Jadi yang lebih tu la kami sumbangkan sedikit untuk #frontliners Malaysia. “Dengan harapan sedikit buah tangan kami ni dapat meringankan beban hero-hero Malaysia yang berjuang 24/7 . Terima kasih barisan hadapan kami yang berkorban untuk perang ini.

“Cepat kita putuskan rantaian ni, cepat kita dapat keluar mencari rezeki. Itu doa kami untuk semua,” katanya. Terima kasih barisan hadapan kami yang berkorban untuk ini. Pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan itu mended@hkan keputusan semakan tersebut di laman Instagramnya dan mendapat perhatian warganet.

Rata-rata warganet memuji sikap Amar dan Amyra yang sentiasa merendah diri dan mereka turut mendoakan agar pasangan itu dimurahkan rezeki. “Sentiasa merendah diri. Korang saja artis yang paling sempoi… Kontroversi pun tak ada, tak ada buat hal. Salah satu sifat yang patut dicontohi.

“Terima kasih. Memberi semula pada masyarakat yang perlu. Semoga rezeki kalian sekeluarga terus terbuka seluasnya dan sentiasa dipermudahkan urusan.

Wrganet mendoakan agar Amar sekeluarga dimurahkan rezeki. “@aamyrarosli @amarbaharin sama la kita bagi pada yang lebih memerlukan dan lebih susah daripada kita. Bersyukur dengan nikmat dan rezeki Allah pada kita,” komen beberapa netizen.

Seluruh rakyat Malaysia termasuklah golongan selebriti atau anak seni layak untuk memohon inisiatif yang diumumkan kerajaan iaitu Bantuan Prihatin Nasional bermula Rabu. Alhamdulillah semoga semuanya terbaik untuk rakyat Malaysia. Tidak kita anda golongan rakyat biasa, golongan elit mahu pun golongan artis.

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Tak lulus permohonan Bpn. Akhirnya Amar Baharin tampil buka mulut luahkan sesuatu buat warganet terkedu. Tak sangka ini yang dia lakukan selepas dapat tahu permohonan tidak lulus."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*