Menyedihkan rezeki terjejas kerana pkp. Tak sangka ini yang terjadi pada makcik yang memakai kostum hanya untuk bagi kucing makan. 

Kisah seorang wanita tua berusia 57 tahun yang menjana pendapatan dengan menyarungkan kostum Hello Kitty di sekitar Pantai Teluk Cempedak, Kuantan meruntun hati warganet. Mencari rezeki dengan cara terbabit, mata pencarian wanita bernama Siti Endon Ismail ini terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung bermula 18 Mac lalu.

Seorang pengguna Twitter bernama Saranikka bercerita mengenai kisah mak cik terbabit di laman sosial itu. Ini cerita Doraemon yg lagi penting! Kalau ada lebih, please tolong makcik ni💔💔. She is 57 & wears Hello Kitty/Doraemon costume to entertain children for money. Sebab Covid19, takde income. She’s alone & lives with cats. RT pls!

“Ini cerita Doraemon yang lagi penting! Kalau ada lebih, please tolong mak cik ni. “She is 57 & wears Hello Kitty / Doraemon costume to entertain children for money. Sebab COVID-19, tak ada income. She’s alone & lives with cats. RT pls!” tulis Saranikka.

Saranikka berkongsi hebahan berita yang dilaporkan oleh NST dan perkara terbabit mendapat perhatian warganet yang bersimpati dengan nasib mak cik itu. Pada tahun lalu, pernah melaporkan kisah mak cik ini yang meraih pendapatan menerusi pemakaian kostum ini.

Mula memakai kostum Hello Kitty dan juga beberapa karektor lain sejak pagi sehingga ke lewat malam di Pantai Teluk Cempedak. Cabaran yang dipikulnya cukup berat, pada usia emas, dia terpaksa menahan kepanasan kerana terpaksa berada berjam-jam dalam kostum itu demi mencari rezeki.

Astro Awani juga melaporkan yang mak cik itu pernah berkahwin dengan seorang lelaki Mat Salleh dan anak-anaknya mengikut suami untuk pulang ke Scotland. Hubungan mereka terpisah sejak 21 tahun lalu kerana mak cik itu enggan mengikut suami ke negara asalnya.

Kini, mak cik ini meneruskan hidup bersendirian dengan berpuluh-puluh ekor kucing di rumahnya. Anda boleh menghulurkan bantuan kepada mak cik ini menerusi akaun CIMB Siti Endon Ismail bernombor 7612146453.

Sumber / Foto: NST, Astro Awani

Be the first to comment on "Menyedihkan rezeki terjejas kerana pkp. Tak sangka ini yang terjadi pada makcik yang memakai kostum hanya untuk bagi kucing makan. "

Leave a comment

Your email address will not be published.


*