Hanya kerana komen iq rendah tak sangka ini respon mengejut dari warganet bila Ogy Ahmad Daud muncul dalam drama jam 7.

Ironi Kasih adalah drama baru yang disiarkan di Slot Akasia TV3 bermula 2 April lalu. Ianya menggantikan drama Seindah Tujuh Warna Pelangi yang baru sahaja melabuhkan tirainya. SINOPSIS RINGKAS DRAMA IRONI KASIH

Drama ini ditunjangi oleh Aqasha dan pelakon muda, Intan Najuwa. Secara keseluruhan, drama ini mengisahkan seorang pembantu rumah (Intan Najuwa) yang akhirnya mempunyai rasa cinta terhadap majikannya Johan (Aqasha).

Rumah tangga Johan mula goyah dan retak berikutan isterinya Emilia (Intan Ladyana) banyak menghabiskan masa bersama rakan kongsi iaitu Noh (Fizz Fairuz). Berikutan ini, perasaan Johan mula tercalar dan bertindak melepaskan Emilia.

BENGANG LIHAT WAJAH OGY DALAM IRONI KASIH, TERUS TUTUP TV

Antara pelakon yang turut membarisi drama ini adalah pelakon senior, iaitu Fauziah Ahmad Daud ataupun selesa disapa Ogy. Umum sedar bahawa sebelum ini Ogy antara individu yang mengeluarkan kata-kata kurang senang terhadap warganet.

Secara tidak langsung, drama berkenaan telah menerima tempiasnya apabila rata-rata warganet mengeluarkan kembali isu warganet yang memiliki IQ rendah dan bermacam-macam lagi kritikan lain. Boleh lingkup stesen Tv kalau warganet nak boikot 😂😂🤣 Baru first day tayang tapi banyak marah sebab ada Ogy.

Seakan-akan api kemarahan warganet membuak-buak apabila melihat wajah Ogy keluar di kaca televisyen dalam episod 1 Ironi Kasih. Ini lah dinamakan aura warganet apabila ada pihak tersalah mengeluarkan kenyataan.

TAK LAYAK TENGOK DRAMA MELAYU, WARGANET IQ RENDAH

Lihat sahaja komen-komen mereka yang menyindir dan mempertikaikan plot drama yang seakan dah basi. Cuma diubah pada tajuknya sahaja. Mereka juga menyuarakan bahawa tidak berminat lagi untuk menonton drama melayu dan kini beralih pada kPop dan juga Hollywood.

Ini lah yang dinamakan lidah itu lebih tajam daripada mata pisau. Hanya satu perkataan sahaja boleh mengundang seribu satu kesan walhal bergelar artis sekali pun. Konklusinya, manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Artis dan penghibur juga bertaraf manusia. Jadi lebih baik kita amalkan sikap memaafkan berbanding menyimpan dendam. Semoga para artis mengambil pengajaran dan jangan pandang mudah kepada aura warganet kelak.

Kredit: Vanilla kini

Be the first to comment on "Hanya kerana komen iq rendah tak sangka ini respon mengejut dari warganet bila Ogy Ahmad Daud muncul dalam drama jam 7."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*