Bukan pemilik asal Fashionvalet. Akhirnya terbongkar identiti sebenar Vivy Yusof yang ramai tak tahu. Tak sangka rupanya dia bukan calang calang orang.

Siapa yang tidak kenal dengan Vivy Yusof. Seorang ikon dalam bisnes fesyen yang mempunyai empayar perniagaan sendiri. Untuk artikel ini, kita akan kenal latar belakang Vivy Yusof yang juga pemilik FashionValet. Kisah kejayaannya pernah dijadikan ‘case study‘ dalam soalan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Latar Belakang Vivy Yusof

Namanya memang sedap disebut malah secantik wajah yang dimiliki. Vivy Sofinas Yusof, wanita berusia 30 tahun ini bertubuh kecil molek namun berjiwa sungguh besar. Dia memiliki suara ceria dan tutur kata yang lemah lembut dalam perwatakan serba riang.

Latar belakang Vivy Yusof memang mampu menjadi inspirasi ekpada ramai orang di luar sana. Anak jati Kuala Lumpur ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara. Sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Seri Puteri dan Sekolah Sri Cempaka.

Sebelum menamatkan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), Vivy mengambil keputusan untuk serentak melanjutkan pelajaran A-Levels di UK (United Kingdom). Oleh kerana pengambilan dalam bulan September, beliau tidak mahu membuang masa jadi terus ke sana dan tinggalkan kelas Tingkatan 5 di sini.

Pada bulan November, Vivy pulang ke tanah air untuk mengambil SPM dan terus terbang semula untuk mengambil peperiksaan A-Level. Pengalaman mengambil dua peperiksaan besar amat sukar dilupakan. Namun terus terang beliau mengakui tidak akan melakukannya lagi. Vivy tidak mencadangkan kepada sesiapapun untuk melakukannya kerana kesukaran yang akan ditanggung.

Bagaimanapun segala kesusahan itu terbalas dan Vivy amat lega apabila memperoleh A bagi semua mata pelajaran bagi kedua-dua peperiksaan. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari London School of Economics (LSE), Vivy rancak mengatur strategi perniagaan. Mula dikenali dengan FashionValet diikuti dengan label hijab Duck Scarves, Vivy terus mencipta nama melalui rancangan realitinya sendiri bertajuk “Love, Vivy”.

Vivy Yusof Ikon Bisnes Fesyen

Bermula dengan blog proudduck.com, Vivy mencipta pengikutnya yang bertambah dari sehari ke sehari. Melalui blognya juga Vivy banyak berkongsi tentang kisah dan prinsip hidup bersama pembaca.

Bukan itu sahaja, sisi peribadi yang ada pada diri Vivy menjadi satu kelebihan selain melontarkan aura positif. Ledakan media sosial yang menjadi medium utama masyarakat moden hari ini digunakan sepenuhnya untuk mencari peluang pemasaran yang lebih kukuh. Buktinya, pengikut di Instagram Vivy kini sudah mencecah angka lebih 1.6 juta pengikut.

Minat  Vivy Yusof dalam bidang perniagaan menzahirkan bahawa beliau gemar mencabar keupayaan diri. Selain sentiasa mencari peluang-peluang baharu dalam usaha untuk memajukan perniagaannya. Kini FashionValet sudah pun mempunyai lebih 150 orang tenaga pekerja. Buat masa ini, memiliki lebih kurang 500 jenama bernaung di bawah payung FashionValet.

Jika dahulunya, bermula dengan berbekalkan hanya tiga orang pekerja dengan 10 jenama tempatan sahaja. Namun kini semakin ramai yang telah menanamkan kepercayaan untuk bernaung di bawah FashionValet. Boleh dikatakan produk-produk FashionValet bersifat eksklusif kerana melibatkan nama-nama besar pereka fesyen di samping berkualiti tinggi. Demi memastikan FashionValet sentiasa segar dengan idea dan projek menarik, pihaknya turut mengadakan kolaborasi bersama barisan pereka fesyen.

Disebalik sisi kehidupan Vivy Yusof, sebagai seorang isteri dan juga ibu, Vivy perlu sentiasa bergerak pantas menguruskan tanggungjawab yang terpikul di bahunya. Tiada yang mustahil buat wanita bernama Vivy Yusof.

Rahsia Kejayaannya Menguruskan Perniagaan

Perkara yang paling utama ialah minat dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Dengan adanya minat maka ia dapat memotivasikan diri seseorang itu untuk bekerja  lebih keras dalam apa jua bidang yang diceburi.

Jika dilihat latar belakang Vivy Yusof, tiada yang mustahil bagi beliau untuk memacu terus perniagaannya ke tahap lebih tinggi. Tidak kira apa jua bidang pekerjaan yang diceburi, cabaran itu tetap ada. Berkecimpung dalam dunia bisnes yang berlatarkan fesyen memerlukan saya sentiasa mengejar trend terkini kerana dunia fesyen ‘bergerak pantas’. Bukan itu sahaja, persaingan dalam bisnes ini juga sentiasa ada kerana dunia bisnes sangat kompetitif.

Menurut portal hiburan hanasuva.com, Vivy Yusof adalah antara Selebriti Malaysia Berhijab Paling Bergaya. Siapa sebenarnya Vivy Yusof? Bermula dengan minat yang mendalam terhadap dunia fesyen dan terded@h dengan pengalaman membeli-belah di London sepanjang belajar di sana, Vivy Yusof memilih perniagaan fesyen dengan mengasaskan laman web FashionValet.com (FV) iaitu sebuah laman web yang menjual hasil kerja pereka tempatan secara online.

Beliau bekerjasama dengan Fadzarudin Shah Anuar iaitu rakan sekolejnya dan angan-angan mereka direalisasikan menerusi pembelian di Internet kerana yakin jenis perniagaan sedemikian belum popular di Malaysia lagi pada ketika itu. Kini perniagaan mereka terus berkembang dengan menawarkan rangkaian fesyen pakaian dan aksesori tempatan karya pereka tersohor seperti Minz, Gallo by Thian, PU3, Sereni & Shentel, Mimpikita, Dusk till Dawn dan pelbagai lagi.

Biodata Penuh Vivy Yusof

  • Nama Penuh: Vivy Sofinas Binti Yusof
  • Nama Popular: Vivy Yusof
  • Jawatan: Pengarah Urusan FashionValet.com dan The dUCk Group
  • Asal: Kajang, Selangor
  • Umur: 29 tahun (2016)
  • Tarikh Lahir: 11 Disember 1987
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Adik beradik: Anak bongsu dari dua beradik
  • Status: Berkahwin dan memiliki 2 anak
  • Hobi: Menulis blog, melancong
  • Pendidikan: Ijazah Undang-undang, School of Economic, United Kingdom
  • Makanan Kegemaran: Daging panggang
  • Jenama Fesyen Kegemaran: Topshop dan Zara
  • Impian: Membuka syarikat berasaskan hartanah

Media Sosial Vivy Yusof

Pemilik Asal Fashion Valet

Jangan lupa syarikat Fashion Valet Sdn Bhd itu adalah asalnya milik Dato’ Yusof Jusoh,  Proven Creative (M) Sdn Bhd sebelum ditukar nama kepada Fashion Valet Sdn Bhd. Sehingga hari ini pun Proven masih antara pemegang saham dalam Fashion Valet.

Vivy Yusof dan suaminya Fadzarudin bukan pengasas kepada Fashion Valet Sdn Bhd tetapi Dato’ Yusof Jusoh Proven Holding Sdn Bhd pemilik Fashion Valet. Jika Fashion Valet di senaraikan di Bursa Saham pastinya ia gabungan daripada Proven Holding Sdn Bhd

Vivy Yusof dan suaminya Fadzarudin bukan pengasas kepada Fashion Valet Sdn Bhd tetapi Dato’ Yusof Jusoh Proven Holding Sdn Bhd pemilik Fashion Valet. Jika Fashion Valet di senaraikan di Bursa Saham pastinya Vivy Yusof dan suaminya tidak berdiri sendiri dibelakangnya adalah bapanya.

Bapanya masih pemain belakang tabir Fashion Valet Sdn Bhd apabila kekal di bawah naungan Proven Holding Sdn Bhd. Sekalipun Fashion Valet kini pemegang sahamnya seperti My Eg Capital, Transasia E Commerce, Start Today (Zozo, Inc), Pulau Tiga Ventures Sdn Bhd (Khazanah Nasional Berhad) dan PNB, pegangan saham keluarga Dato’ Yusof Jusoh seperti Proven Holding, Vivy dan menantunya tetap pemegang saham terbesar Fashion Valet.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : ilabur.com via sabahkini2.com

Be the first to comment on "Bukan pemilik asal Fashionvalet. Akhirnya terbongkar identiti sebenar Vivy Yusof yang ramai tak tahu. Tak sangka rupanya dia bukan calang calang orang."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*