Ali Puteh timbulkan isu baru buat warganet bengang. Tak sangka ini komen mengejut dari Ali Puteh bila Man muat naik status agar warganet tidak terlampau memujinya.

Baru-baru ini menerusi laman Instagramnya, Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kasim memperuntukkan sebahagian wang kemenangannya ketika menjuarai Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 bersama kumpulan Puteh iaitu sebanyak RM50,000 untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Alhamdullilah peruntukkan tersebut telahpun berjaya dihabiskan dan diagihkan kepada semua yang memerlukan. Selepas itu,dia ada memuat naik status di laman facebooknya agar warganet tidak terlampau memujinya kerana dia takut perbuatannya itu hanya mulia disisi manusia tetapi sia-sia disisi Allah.

Tidak ketinggalan untuk tinggalkan komen pada statusnya itu ialah Ali Puteh iaitu adik kepada Abam Bocey. “Der , kalau kita nak buat baik , taknak ade sangkal dari orang lain , buat keje dalam diam. Jangan dihebah2 kan. Takut nanti jadi bualan orang,” tulis Ali Puteh

Namun apa yang menarik perhatian ialah komen prbalahan antara warganet dengan Ali Puteh yang rata-rata tidak bersetuju dengan apa yang ditulisnya. “Post dia ni kan da mintak jangan dipuji2, dia tak mintak pon , jika kita berilmu , kita takkan pertikai…” 

Akibat daripada komen yang ditinggalkan oleh lelaki ini telah membuatkan Ali Puteh menjadi marah dan berbalas komen dengan lelaki tersebut. “Aikk , awak cakap saya pulak tak berilmu , der .. nak cakap tu cermin sikit diri tu , cuba baca dan fahamkan , apa bngang lah kau ni…”

“Dah dapat sumbangan dari Man ke??”

“Budak lu ke man ?? Kalau budak lu.. kasi adjust sikit.. kang sia-sia je nnti”

Disebabkan itu , “Bawang Rangers” Malaysia telah banjiri Ali Puteh diruangan komen terbabit kerana tidak berpuas hati dengan komen-komen Ali di ruangan terbabit. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : FB Man Raja Lawak

Be the first to comment on "Ali Puteh timbulkan isu baru buat warganet bengang. Tak sangka ini komen mengejut dari Ali Puteh bila Man muat naik status agar warganet tidak terlampau memujinya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*