Tak sangka Harith Iskandar nekad bandingkan frontliner Malaysia dgn negara lain. Semua terkejut dengan apa yang Harith bongkarkan

Harith Iskander baru-baru ini ada berkongsi sebuah video menggambarkan keadaan sukar yang sedang melanda negara Amarika Syarikat di laman sosialnya. Entri tersebut memaparkan rasa kesal seorang kakitangan barisan hadapan yang dipercayai bertugas sebagai jururawat yang terpaksa berhenti kerja kerana mengakui akan risik0 yang dihadapinya.

Menurutnya, dia mend@kwa petugas h0spital tidak disediakan dengan alatan perlindungan secukupnya bagi merawat mereka yangdijangkiti. Jelasnya sambil mengalirkan air mata, dia ditugaskan merawat seorang pes@kit yang dijangkiti C19 di Unit r@watan Rapi, namun tiada seorang pun kakitangan h0spital dibekalkan dengan topeng muka.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, kesemua kakitangan did@kwa turut berhubung rapat antara satu sama lain tanpa sebarang alatan perlindungan diri. Jelas wanita itu lagi, dia faham akan kekurangan peralatan, namun dia juga harus melindungi diri dan keluarga daripada terkena jangkitan. Katanya, keadaan tidak akan bertambah baik melihatkan bagaimana negara Uncle Sam itu menguruskan masalah kesihatan global itu.

Menurut jururawat itu lagi, dia kecewa dan takut kerana mereka sendiri tidak mampu melindungi diri sendiri daripada jangkitan. Dia turut memberi perumpamaan, bagaimana mahu memadamkan api jika hanya diberikan pist0l air. “Kudos @kementeriankesihatanmalaysia is doing an amazing job given the circumstances,” tulis Harith pada ruangan kapsyen video yang dikongsikan.

Rata-rata warganet turut mengakui bahawa keadaan di negara kita jauh lebih baik walaupun dibandingkan dengan negara maju lain. Kerajaan dilihat lebih bertanggungjawab dan mengutamakan keselamatan petugas barisan hadapan negara.

Jika dilihat melalui sokongan pihak bukan kerajaan pula, ramai NGO yang tidak henti-henti memberi sumbangan dalam bentuk peralatan dan makanan. Walaupun sebelum ini pernah kec0h tentang petugas kesihatan terpaksa menggunakan plastik sampah untuk melindungi diri akibat kehabisan bekalan pakaian pelindungan keselamatan (PPE), ramai pihak dilihat menawarkan diri untuk menjahit pakaian tersebut agar bekalan pakaian sentiasa mencukupi untuk digunakan oleh barisan hadapan ini.

“Melihat perkara ini membuatkan saya rasa sangat bersyukur atas keprihatinan & kerja keras kerajaan negara kita dalam menangani covid-19. Dan bersyukur punya malaysian yg bersikap aware & bertindak secara bersama utk kebaikan kita semua. Mari kita teruskan semua ini & just stay at home”, tulis pemilik akaun douglasayoi di ruangan komen.

Setakat 2 April, Amerika Syarikat telah mencatatkan kes sebanyak 215,344 dengan 5112 daripadanya gagal diselamatkan. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : kitasteady

Be the first to comment on "Tak sangka Harith Iskandar nekad bandingkan frontliner Malaysia dgn negara lain. Semua terkejut dengan apa yang Harith bongkarkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*