Pengsan tengok isi angpau yg Johan bagi. Tak sangka jumlah mengejutkan yang Johan Raja Lawak beri kepada semua sukarelawan yang membantu

Pelakon senior Mohd Nor Bond mended@hkan sifat peribadi mulia pelawak dan penyampai radio ERA, Johan dan isteri Ozlynn yang tidak dikongsikan kepada umum. Menurutnya, Johan dan Ozlynn telah terlibat sebagai sukarelawan dalam misi bantuan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) mengagihkan bantuan makanan kepada penggiat seni.

Dalam pada itu, Johan turut memberi wang sumbangan sebanyak RM300 setiap seorang sukarelawan yang sama-sama turun padang. “Alhamdullilah..Johan Raja Lawak dan isteri beliau Ozlyn Wati bersama-sama team Seniman dan Profima hari ini untuk mengagihkan bantuan makanan kepada anak-anak seni dan pekerja belakang tabir..

“Beliau juga secara peribadi memberi angpau kepada semua sukarelawan dan ahli yg hadir. Sampai di rumah saya bukak sampul ang pau, terkejut isinya rm300. “Bayangkan berapa ratus angpau yang beliau berikan. Alhamdullilah amiin..Semoga beliau sekeluarga akan diberikan kesihatan dan rezekj yg melimpah-ruah,” tulisnya di Facebook.

Dalam pada itu, Mohd Nor Bond menyatakan Johan adalah individu yang akan bersedekah juadah makanan tengah hari pada hari Jumaat di Masjid Bukit Antarabangsa. “Di masjid Bukit Antarabangsa 2 minggu sekali pada hari Jumaat, jemaah akan dapat hidangan nasi beriani ,nasi tomato dan mcm macam lagi.

“Mungkin jemaah tak tahu sebab Johan tak pernah bagi tau..Bila kawan kawan bukak booth jualan, Johan akan membeli barang setiap booth walaupun tiada keperluan. “Hanya sifat ingin membantu. Kalau dia makan di kedai mamak insya-Allah dia akan bayar bill makanan kawan-kawan dia..Dia bawak skuter biasa je. The unsung hero,” kongsinya lagi.

Sebelum ini Penyanyi yang juga bekas peserta program Mentor musim ketiga iaitu Keena berkata dalam diam terdapat ramai selebriti yang memberikan sumbangan ikhlas kepada pekerja industri kreatif yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Bagaimanapun Keena atau nama sebenarnya Suriana Abdul Wahab, 34, yang menjadi sukarelawan dalam misi bantuan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) berkata kebanyakan penderma enggan nama mereka dided@hkan.

“Semalam kami adakan kerjasama antara Seniman dan Profima untuk membantu nasib anak seni yang mengalami kesukaran hidup dalam tempoh PKP. Tidaklah banyak namun cukup untuk buat bekalan makan. “Namun saya bersyukur kerana sebenarnya ramai selebriti yang hulurkan bantuan antaranya Datuk Rosyam Nor dan Datuk Yusof Haslam. Malah pelawak Johan bersama isterinya turut hadir membantu kami mengagihkan sumbangan.

“Tapi saya enggan ulas lanjut mengenai sumbangan yang Johan berikan kepada kami seperti yang tular di laman sosial, dia minta agar perkara dirahsiakan,” kata Keena kepada mStar. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mstar

Be the first to comment on "Pengsan tengok isi angpau yg Johan bagi. Tak sangka jumlah mengejutkan yang Johan Raja Lawak beri kepada semua sukarelawan yang membantu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*