Berjaya kawal Covid19. Tak sangka ini yang Dr Noor Hisham bongkarkan tentang laporan graf kes Covid19 di Malaysia

Terdapat tanda-tanda awal kita berjaya mengekang penularan wabak Covid-19 berdasarkan laporan graf daripada Malaysian Institute of Economic Research (MIER), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama

menunjukkan terdapat sedikit garisan mendatar di dalam graf kes sekaligus memberi bayangan tanda-tanda awal langkah ini berjaya. ”Tindakan kita dalam tempoh dua minggu dalam PKP kita lihat garisan warna biru, jadi kes kita tak naik secara mendadak tetapi ada sikit mendatar.

“Jadi nampak daripada graf ini ada kejayaan ataupun tanda-tanda awal kita berjaya dalam tindakan kita untuk melaksanakan PKP. “Oleh itu, di dalam fasa kedua PKP yang bermula hari ini sehingga 14 April, Kementerian akan meningkatkan usaha mengawal penularan Covid-19 terutamanya di kawasan zon merah.

”Jadi kita harap fasa kedua kita dapat mempertingkatkan strategi dan aktiviti-aktiviti kita terutamanya di hotspot-hostpot yang telah dikenal pasti,” katanya. Pada masa yang sama, Noor Hisham menasihatkan seluruh rakyat Malaysia untuk terus mematuhi PKP dengan kekal berada di dalam rumah dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan jumlah kes pulih daripada jangkitan COVID-19 paling tinggi setakat ini iaitu sebanyak 108 kes berbanding sebelum ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua mereka telah dibenarkan discaj sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya COVID-19 sebanyak 645 kes.

“Kalau kita tengok jumlah hari ini merupakan jumlah terbesar iaitu 108 kes menjadikan kadar discaj terbesar setakat ini iaitu 22.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Rabu. Menurut Dr Noor Hisham, setakat 5 petang hari ini juga jumlah pemergian ialah 45 orang, iaitu peningkatan sebanyak dua kes.

“Kes pemergian ke-44 (kes ke-193) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 80 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. “Kes pemergian ke-45 (kes ke-1053) pula merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit

kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-486),” katanya. Sebanyak 142 kes baharu juga dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 2,908 kes. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: kini viral

Be the first to comment on "Berjaya kawal Covid19. Tak sangka ini yang Dr Noor Hisham bongkarkan tentang laporan graf kes Covid19 di Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*