16 staff dan bodyguard Istana telah dijangkiti Covid19. Tak sangka ini keadaan Tunku Agong sekeluarga tanpa staff dan bodyguard di Istana

SERAMAI 16 kakitangan Istana Negara disahkan positif Cov1d-19. Menurut Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, kesemua kakitangan tersebut sedang menerima raw4tan. Tunku Azizah turut memanjatkan syukur apabila baginda dan keluarganya disahkan negatif jangk1tan itu tetapi masih perlu menjalani kuarant1n.

“Saya sekeluarga duduk berasingan dalam bilik masing-masing. Lambai dari jauh saja. Kami tidak dibenarkan visitors (pelawat) dan juga tidak ada sesiapa dibenarkan naik ke atas Istana. “Hanya kami saja di atas. Tidak ada pelayan atau bodyguard. Tuanku Agong dan anak buat sendiri semua. Cuci dan kemas bilik sendiri kerana kami semua high risk because we were with those yang positif.

“Alhamdulillah we are OK. Dah buat banyak test dan negatif!” katanya menerusi satu posting di Instagram. Tunku Azizah dan keluarganya masih menjalani kuarantin sehingga 9 April ini. Sepanjang tempoh kuarantin itu, Tunku Azizah berkata mereka sekeluarga dan kakitangan Istana Negara bertadarus sesama sendiri.

“Kami semua yang self quarantined, bertadarus sama sendiri… mendoakan semoga wabak ini akan dihapuskan oleh Allah SWT,” katanya. Dalam pada itu, Tunku Azizah turut mendoakan agar semua kakitangan yang positif segera sembuh. “Saya doakan pekerja-pekerja Istana dan bodyguard yang positif akan sembuh cepat. Dan juga kepada rakyat Malaysia kami boleh keluar bilik pada 9 April.

“Selepas buat swab test dan selepas itu juga kena berjaga-jaga dan begitu juga dengan semua staf Istana,” katanya. Baginda turut menasihati orang ramai supaya mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April ini. “Jangan keluar dan jangan degil. Ini tanggungjawab kita semua. Walaupun kita serah kepada Allah SWT, kita juga dituntut berikhtiar.

“Alhamdulillah anak-anak saya semua faham dan tidak ada yang complain. Semua baik-baik duduk dalam bilik dan makan apa saja yang saya order,” katanya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

“Tuanku Permaisuri Agong Tanya Tentang Isu Terkini di Twitter” – Dr. Amalina Tak Sangka Permaisuri Agong ‘Follow’ Akaun Twitter

Pakar operasi, Dr. Amalina Che Bakri tidak menyangka Tuanku Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan pengikutnya di laman sosial Twitter. Dr. Amalina dengan merendah diri mendedahkan perkara tersebut menerusi perkongsian terbarunya di laman sosial Instagram (IG) dan Twitter.

Kongsinya lagi, Tuanku Permaisuri turut bertanya tentang isu terkini di Twitter ketika mencemar duli menghadiri majlis santapan malam dengan komuniti Malaysia di London. “Tuanku Permaisuri tanya saya tentang isu semasa di Twiiter. Saya tak sangka Tuanku Permaisuri ikut saya di Twitter.

“Terima kasih Tuanku. Raja yang berjiwa rakyat, ampun Tuanku beribu-ribu ampun sembah patik harap di ampun,” tulisnya. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di London dua hari lalu untuk melakukan lawatan khas di United Kingdom (UK) bermula 9 Disember hingga 16 Disember ini.

Kementerian Luar memaklumkan, lawatan itu melambangkan kepentingan memelihara hubungan dua hala yang dijalin sejak sekian lama antara Malaysia dan UK, terutama antara kerabat diraja kedua-dua negara. Al-Sultan Abdullah juga akan diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat pada perbarisan bersempena istiadat pentauliahan diraja anakanda baginda Pemangku Raja Pahang​​, Tengku​​​​ Hassanal Ibrahim Alam Shah di Akademi Tentera Diraja Sandhurst pada 13 Disember.

Al-Sultan Abdullah pernah menimba ilmu ketenteraan di akademi berkenaan dari 1978 hingga 1979.  Lawatan khas ke UK adalah yang keempat oleh Al-Sultan Abdullah selepas lawatan khas baginda ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Jepun masing-masing pada Jun, Julai dan Oktober lepas sejak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Januari.

Sementara itu, Raja Permaisuri Agong akan melakukan lawatan ke Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) Biro Dunia dan bangunan Associated Country Women of the World. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "16 staff dan bodyguard Istana telah dijangkiti Covid19. Tak sangka ini keadaan Tunku Agong sekeluarga tanpa staff dan bodyguard di Istana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*