Nekad failkan perpisahan. Tak sangka ini jawapan padu Datin Shahida bila ditanya mengenai perkahwinannya dgn Dato Aliff. Ramai warganet terkedu dgn jawapannya

ISTERI kepada usahawan kosmetik popukar Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid enggan memberikan komen terhadap d@kwaan dia sudah memfailkan perpisahan di mahkamah. Shahida ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia memohon maaf kerana tidak dapat memberikan komen lanjut mengenai status rumah tangganya.

“Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya,” katanya ringkas. Ditanya adakah semua anak-anak berada dengannya ketika ini, Shahida hanya menjawab ‘ya’ menerusi aplikasi WhatsApp. Sementara itu, Aliff ketika dihubungi huga enggan mengulas mengenai perkara itu.

“No komen”, katanya kepada Harian Metro. Kisah rumah tangga Alif dan Shahida mula menjadi bualan hangat apabila kedua mereka sudah tidak lagi saling mengikuti di Instagram. Menguatkan lagi spekulasi mengenai masalah rumah tangga mereka apabila Aliff muncul menerusi lagu Cuba Bahagia yang bercerita mengenai lelaki yang dahagakan kebahagiaan dalam hidup daripada orang disayangi. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HMetro

Rumah tangga goyah, Aliff Syukri ‘unfollow’ isteri di IG – “Dulu saya bahagia tapi…”

Aliff memberitahu dia dan isterinya dalam keadaan baik. TINDAKAN usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tidak lagi mengikuti isterinya, Datin Seri Nur Shahida di laman Instagram mengundang pelbagai andaian warganet. Aliff ketika ditemui enggan mengulas lanjut mengenai rumah tangga, namun memberitahu hubungan dia dan isteri dalam keadaan baik.

“Tak ada apa-apa yang berlaku antara kami… kami masih bahagia. Saya bahagia dengan perkahwinan, dengan anak-anak saya… itu sahajalah! “Buat masa ini saya tak nak sentuh mengenai keluarga saya. Yang lain-lain pun saya tak ada komen!” katanya kepada mStar.

Aliff Syukri lancar lagu Cuba Bahagia pada Jumaat. Aliff ditemui semasa sidang media pelancaran lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Cuba Bahagia di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat. Dia diminta mengulas mengenai khabar angin kononnya hubungan rumah tangga mereka sedang bergolak dan berdepan masalah.

Malah isterinya tidak hadir dan memberi sokongan terhadap pelancaran lagu baharu usahawan tersebut, pagi Jumaat. Lebih menguatkan spekulasi apabila usahawan ini muncul dengan single baharu seolah-olah ditujukan kepada isterinya itu.

“Lagu ini bukan ditujukan pada isteri atau keluarga saya tapi dicipta untuk orang yang tak bahagia. Lagu ini tak ada kaitan dengan keluarga! Lagu ini bukan ditujukan pada isteri atau keluarga saya tapi dicipta untuk orang yang tak bahagia.- ALIFF SYUKRI, USAHAWAN KOSMETIK

“Dulu saya gembira, sekarang saya tak bahagia. Bahagia itu subjektif. Ada orang kaya bahagia, ada kerjaya bahagia, dapat hadiah bahagia. “Dalam kehidupan ini ada pasang surut dan ketika saya cipta lagu ini enam bulan lalu saya berada dalam mood tak begitu baik kerana tekanan kerja, bisnes dan warganet,” ujarnya.

Aliff Syukri dan Nur Shahida berkahwin pada tahun 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat. Sebelum ini, Aliff terpalit dengan beberapa kontroversi sehingga menerima kecaman teruk daripada banyak pihak termasuklah daripada ahli keluarga sendiri.

Sumber mstar

Be the first to comment on "Nekad failkan perpisahan. Tak sangka ini jawapan padu Datin Shahida bila ditanya mengenai perkahwinannya dgn Dato Aliff. Ramai warganet terkedu dgn jawapannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*