Tolong jgn merayap. Tak sangka Doktor ini sampai merayu pada semua rakyat Malaysia supaya duduk di rumah. Terkejut doktor ini merayu sampai macam ni sekali

Baru hari pertama langkah berjaga-jaga yang disarankan oleh kerajaan dikuat kuasa bagi membendung Covid-19 dari terus menular sudah ramai yang mengingkarinya. Lihat sahaja beberapa hantaran di media sosial memperlihatkan orang ramai masih keluar ke tempat tumpuan ramai dan berpusu-pusu unutk pulang ke kampung.

Hal itu bukan sahaja mengundang risiko Covid-19 dari terus merebak, malahan akan menjadika perkara ini lebih serius sehingga membawa kepada pemergian lebih ramai orang. Jadi, menerusi satu muat naik di Facebook seorang doktor yang bertugas di sebuah h0spital swasta di Penang, dia telah memberi pesanan dan bergambar bersama seragam h0spital dengan meminta orang ramai kekal dirumah.

Menerusi hantarannya yang telah pun menerima lebih 4,000 tanda suka di Facebook itu, Dr Gee teak Sheng memberitahu bahawa mereka (petugas kesihatan) masih bertugas demi orang awam, jadi sebagai individu rasional, dia meminta semua duduk sahaja di rumah.

Umum sedia maklum bahawa insan-insan paling sibuk ketika ini adalah mereka yang bertugas dalam sektor perubatan kerana sedang bertungkus-lumus melawan Covid-19. Oleh itu, mereka berharap semua rakyat Malaysia mengikuti arahan kerana risiko wabak ini meular sangat tinggi jika masih ramai yang ingkar dengan arahan yang dikeluarkan kerajaan.

Susulan daripada perkongsian yang dibuat oleh Dr dari h0spital Pantai Penang itu, rata-rata warganet telah tinggalkan respon yang pelbagai. Kebanyakkan mereka mengucapkan ribuan terima kasih kerana berkorban masa dan tenaga demi membendung wabak tular ini. Mereka juga berharap agar petugas kesihatan turut sama menjaga diri masing-masing agar kekal sihat dan terhindar dari Covid-19.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gee Teak Sheng

Be the first to comment on "Tolong jgn merayap. Tak sangka Doktor ini sampai merayu pada semua rakyat Malaysia supaya duduk di rumah. Terkejut doktor ini merayu sampai macam ni sekali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*